Pages

27 August 2010

2 Komponen Amalan Ikhlas




Apa yang lebih mulia daripada keikhlasan? Tanpa keikhlasan yang terbit daripada hati yang tulus-mulus, apakah makna amal ibadah yang kita persembahkan kepada Allah SWT?

Untuk menggapai keikhlasan, ada 2 perkara yang perlu dikenalpasti sebelum kita mengamalkan ibadah kepada Allah SWT. Tanpa 2 perkara ini, dikhuatiri amalan kita sia-sia dan tidak ikhlas. Maka, tak hairanlah sesetengah golongan menyatakan, "Saya ikhlas ni...", ataupun, "Ikhlas daripada...". Orang yang ikhlas tidak mungkin menyatakan dirinya ikhlas beramal!

1. Lillahi Ta'ala (Kerana Allah Ta'ala)
Amalan yang ikhlas wajib disertakan niat kerana Allah SWT. Kerana tanpa niat kerana Allah SWT, kita boleh jatuh syirik kerana beribadah kerana selain daripada Allah SWT. Selain itu, jika kita niat beramal kerana Allah SWT, kita tidak akan terjerumus ke lembah maksiat. Kerana tiada umat Islam yang berzina kerana Allah, mencuri kerana Allah, merompak kerana Allah, dan membunuh diri kerana Allah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." [TMQ an-Nisaa':48]

"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya." [TMQ an-Nisaa':116]

2. Billahi Ta'ala (Dengan Allah Ta'ala)
Amalan tanpa disertakan dengan Allah Ta'ala juga dikhuatiri menjerumuskan kita ke lembah syirik. Ini adalah kerana kemungkinan untuk perasaan 'ujub (hairan akan diri sendiri) dan riyak (menunjuk-nunjuk) hadir adalah amat besar. Apabila perasaan 'bersama Allah' hadir dalam hati, pasti kita akan berasa rendah diri dan kerdil. Lantas kita akan dapat merasakan kebesaran Allah SWT Pemilik Sekalian Alam. Perkara ini juga menyebabkan kita bersungguh-sungguh untuk melakukan amal kerana kita akan sentiasa merasa diri ini diperhatikan oleh Allah SWT.

"Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dia-lah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu." [TMQ al-Mujaadilah:7]

"...Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." [TMQ al-Hadid:4]

Walaubagaimanapun, hakikat keihlasan bukanlah sesuatu yang mudah digapai. Mereka yang ingin menggapai hakikat keikhlasan pasti akan diuji oleh Allah SWT. Hakikat keikhlasan itu bagaikan mawar berduri. Indah dipandang, namun sukar untuk dipegang.

Wallahu a'lam.
Selanjutnya...

26 August 2010

Nuzul Quran Menurut Pandangan Golongan Sekular



"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil..." [TMQ al-Baqarah: 185]


17 Ramadhan merupakan sebuah tarikh yang amat penting bagi umat Islam. Selain daripada berlakunya Perang Badar al-Kubro pada tarikh ini, tercatit juga sebuah peristiwa yang tidak kurang pentingnya dalam sejarah peradaban Islam, yakni panduan hidup mula diturunkan oleh Allah SWT melalui Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad SAW.

Cuti umum diperuntukkan di beberapa negeri di Malaysia bagi memperingati dan menghormati peristiwa ini. Namun, jika digali mengikut pandangan syarak, adakah cuti 1 hari cukup bagi memperingati dan menghormati peristiwa ini?

Sudah tentu cuti 1 hari tidak memadai bagi umat Islam untuk memperingati dan menghormati peristiwa penurunan al-Quran ini. Sebaliknya, penerapan perlembagaan yang termaktub dalam al-Quran adalah jalan yang paling tuntas untuk memperingati dan menghormati peristiwa ini. Umat bukan sahaja dapat menghayati peristiwa ini dengan penerapan 100% hukum-hakam Allah, malah umat akan meraih kebahagiaan tanpa dibelit dengan sistem-sistem yang lahir daripada akal manusia.

Jelas di sini, penurunan al-Quran telah lama dilengkapkan oleh Allah SWT. Maka, para penguasa wajib menerapkan 100% apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT. Apakah maknanya cuti diberikan, tapi umat masih dibelunggu dengan pemikiran sekular, sistem-sistem kufur, dan kesengsaraan hidup? Tuntasnya, penerapan perlembagaan al-Quran adalah lebih utama daripada cuti 1 hari.

Justeru, janganlah kita terpedaya dengan cuti 1 hari yang diperuntukkan. Bukalah minda kita. Arus sekularisme ternyata memandulkan akal fikiran sehingga peristiwa Nuzul Quran pun disempitkan faktanya.
Selanjutnya...

15 August 2010

Kualiti Puasa Peniaga Lelaki Diuji di Bazar Ramadhan


Setiap kali tibanya Ramadhan, para peniaga makanan tidak melepaskan peluang untuk mencari rezeki dengan berniaga di bulan Ramadhan. Ini merupakan satu rahmat Allah di bulan Ramadhan. Pintu rezeki dibuka dengan luas oleh Allah SWT.

Sememangnya niat para peniaga adalah ingin menunaikan kewajipan mencari rezeki. Untuk melaksanakan kewajipan itu, pelbagai ujian harus ditempuhi seperti menyediakan modal yang kukuh, persiapan juadah, menggaji pekerja, dan sebagainya. Namun, sedarkah kita, di sebalik ujian itu, terselit satu lagi ujian yang mungkin kita terlepas pandang.

Ujian tersebut biasanya diturunkan oleh Allah SWT kepada kaum Adam. Ujian mata merupakan salah satu ujian yang amat besar bagi orang lelaki yang sihat. Apa yang ingin ditumpukan dalam penulisan ini adalah ujian hebat terhadap kaum lelaki yang berniaga di bazar Ramadhan.



Secara umumnya, peniaga mula menyiapkan pemasangan khemah dan juadah seawal pukul 3 petang. Pada waktu ini, keadaan masih lengang dan orang tidak ramai. Apabila masuk sahaja pukul 4.30 petang, jumlah pengunjung bazar Ramadhan mula meningkat. Pada waktu inilah bermacam-macam ragam orang dapat dilihat.

Semakin ramai orang yang berkunjung, semakin banyaklah ujian yang perlu ditempuhi. Sudah tentu yang menjadi perhatian adalah perempuan tak tahu malu berbaju ketat. Sudahlah ketat, tudung pun tak pakai. Maka, terbonjollah 'perhiasan' mereka kepada yang tidak berhak untuk melihat. Perempuan bertudung juga tidak melepaskan peluang untuk menayang buah dada mereka dengan memakai tudung selempang agar buah dada mereka tetap dapat dilihat.

Justeru, bagi kaum lelaki yang benar-benar ingin menjaga kualiti puasa, pasti mereka akan mengalih dan menundukkan pandangan. Namun, walau cara apa sekalipun kaum lelaki ingin mengelak daripada memandang buah dada si berbaju ketat ini, pasti akan terpandang juga walaupun sekejap. Kerana apa? Kerana terlalu ramai dalam kalangan perempuan zaman ini menjadikan memakai pakaian ketat sebagai 'hobi' mereka. Namun, jika diteliti permasalahan ini, sudah pasti sistem yang digunapakai kini adalah punca utama masalah ini berlaku. Kerana sistem yang digunapakai adalah sistem yang tidak membina ketaqwaan individu yang lahir daripada akal manusia semata-mata.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". [ TMQ an-Nur:30-31]

Justeru, marilah kita bersama-sama menjaga kualiti puasa kita. Kepada kaum perempuan, berilah kerjasama kepada kaum lelaki. Kerana kami sebagai kaum lelaki mengalami 'penderaan naluri' yang begitu teruk oleh pihak perempuan seperti ini. Bukan itu sahaja. Kualiti puasa peniaga lelaki di bazar Ramadhan sangat diuji kerana mereka berhadapan dengan ribuan masyarakat yang berkunjung di bazar Ramadhan. Dan dalam beribu-ribu yang berkunjung, terlalu ramai pula yang sengaja menayang buah dada mereka.

Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan ini sebagai satu titik tolak kepada diri kita untuk mengembalikan kehidupan Islam yang hakiki. Katakan tidak kepada baju ketat bagi yang tidak berhak untuk melihat!


Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi dari puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga". [HR Ibn Majah, Ahmad dan Al-Baihaqi]
Selanjutnya...

11 August 2010

Kurang Ajar Terhadap Ramadhan



Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang penuh dengan rahmat daripada Allah SWT. Bulan ini pasti dinanti-nanti bagi sesiapa sahaja yang tahu akan fadhilat-fadhilatnya.

Di sebalik umat Islam menyambut pesta ibadah ini dengan melipatgandakan amalan ibadah, masih ada yang berlagak dan kurang ajar terhadap Ramadhan. Bukan orang kafir sahaja yang kurang ajar terhadap Ramadhan, malah umat Islam sendiri bertindak kurang ajar terhadap Ramadhan yang mulia ini.

1. Semasa Jose Mourinho melatih kelab juara Eropah, Inter Milan, beliau menyalahkan bulan Ramadhan kerana ada pemain muslim seperti Sulley Ali Muntari mempamer prestasi lemah di atas padang semasa bulan Ramadhan.

2. Universiti al-Azhar juga mengeluarkan kenyataan, pemain profesional boleh makan seperti biasa pada bulan Ramadhan kerana bermain bola sepak merupakan periuk nasi mereka. Walhal, Nabi SAW dan para sahabat berperang dalam Perang Badar pada bulan Ramadhan. Sedangkan Perang Badar itu adalah perang yang amat dahsyat dan merupakan perang yang terlalu hebat. Tetapi mereka berpuasa seperti biasa pada waktu itu.

3. Memang dasar tak tahu malu. Geram dengan orang yang tak reti tutup aurat. Sepatutnya bulan Ramadhan adalah bulan latihan untuk mereka menutup aurat. Tapi tanpa segan silu si perempuan menayang buah dada dan peha mereka. Bulan puasa pun masih ada 'syaitan' yang menggoda hawa nafsu.

Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang lebih baik daripada Ramadhan yang sebelum ini... Amin...
Selanjutnya...

05 August 2010

Kesan Pendidikan Sekular



Baru-baru ni, TV3 telah menyiarkan satu rakaman sebuah pertengkaran seorang murid dan seorang guru menerusi Buletin Utama. Pertengkaran ini akhirnya bertukar kepada WWE (World Wrestling Entertainment) versi sekolah. Isu hangat ini mendapat perhatian umum dan PIBGN (Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional).

Sudah terang lagi bersuluh, sistem pendidikan yang digunapakai sekarang tidak membina keperibadian pelajar yang Islami. Bahkan, sifat kurang ajar terhadap guru menjadi darah daging bagi sebahagian pelajar kita. Sifat kurang ajar ini dengan mudahnya diterjemahkan dengan gejala ponteng kelas, ponteng sekolah, melanggar peraturan sekolah, dan lain-lain. Kes terbaru ini juga menjelaskan bahawa, pelajar menjadikan sekolah sebagai 'gelanggan silat' untuk bertumbuk dengan guru.

Ini baru kes yang dipaparkan di televisyen dan laman YouTube. Bagaimana pula dengan kes yang tidak disiarkan dan disorokkan? Kemungkinan lebih teruk daripada ini. Malah, ada juga dalam kalangan pelajar dewasa ini berani mencalarkan kereta guru dan mencuri helmet ustaz.




Arus pendidikan sekular juga menghanyutkan pelajar-pelajar kita lembah pergaduhan. Nah! Bergaduh kerana berebut seorang makwe idaman Malaya merupakan rona-rona alam persekolahan yang tidak asing untuk kita lihat pada zaman ini. Pelajar perempuan juga tidak melepaskan peluang untuk menjadikan kawasan persekolahan sebagai gelanggang silat. Lebih menjengkelkan lagi, pelajar-pelajar perempuan ini sanggup terkangkang dan menyelak kain untuk memperkemas aksi ganas mereka. Tudung yang tertanggal dari kepada tidak lagi dihiraukan. Apa yang penting adalah maruah sebagai 'pahlawan serikandi' yang berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir.

Oh ya. Ini baru sebut soal pergaduhan. Belum lagi kita sentuh tentang Pendidikan Seks yang diberi nafas baru dengan menjenamakannya semula dengan nama Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) (atau sila lihat imej di bawah) yang dicadangkan oleh kerajaan sekular baru-baru ini. Sekiranya matapelajaran ini dilangsungkan, apa pula sumbangan sekularisme terhadap zina dalam kalangan pelajar?



Selanjutnya...

03 August 2010

Foto Kekejaman Israel

Tak usah gentar dengan kecanggihan teknolgi Israel Laknatullah. Mereka hanyalah bangsa pengecut yang takut mati. Malah, mereka cukup takut dengan kekuatan jihad umat Islam. Bukan itu saja, mereka juga cukup takut dengan perang saraf yang semakin bergema di setiap penjuru dunia.

Mari kita sebarkan pengkhabaran bahawa Israel Laknatullah adalah pengecut, bodoh kejam, penipu, dan pengkhianat. Tiada gunanya berunding dengan mereka ini. Kebaculan mereka terserlah apabila mereka suka untuk menyerang golongan tidak bersenjata.









































Selanjutnya...

Apa? Berzina? Tak Tahan?


Apa? Berzina?

Ya... Hampir setiap hari kita dengar tentang kes pembuangan bayi. Kenapa jenayah ini berlaku? Sudah tentu akibat daripada jenayah zina.


Kenapa Berzina?
Setiap manusia dikurniakan gharizatul nau' (naluri berkasih-sayang). Naluri ini memerlukan pemuasan. Apa yang dapat dilihat di sini, ramai di antara kita memilih jalan zina untuk memenuhi naluri ini. Mereka tidak tahan...

Kenapa tak Tahan?
Kerana mereka tidak dapat berkahwin. Sedangkan, perkahwinan itu adalah suatu ibadah yang amat dituntut dalam Islam. Maksud hadis:

Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.” [HR Muslim]

Tetapi, amat malang sekali, mereka yang mahu berkahwin, taraf ekonomi diri menjadi penghalang utama bagi mereka untuk melaksanakan ibadah ini. Pendek kata, mereka tidak mampu untuk menanggung segala kos perkahwinan.

Kenapa tak Mampu?
Sistem ekonomi kapitalis adalah suatu sistem ekonomi yang membelit kehidupan umat. Rakyat bukan sahaja dibelit dengan masalah riba, hak rakyat juga dirompak oleh kerajaan kapitalis. Hak rakyat juga dikaut dan dirompak semahu-mahunya. Peranan Baitul Mal pula disempitkan sesempit-sempitnya. Sistem ekonomi kapitalis benar-benar menidakkan hak rakyat!

Kenapa Guna Sistem Ekonomi Kapitalis?
Sejak Khilafah Islamiyah dihancurkan pada 1924, umat Islam ditimpa pelbagai malapetaka. Kitabullah dan sunnah Rasulullah SAW dilenyapkan daripada takhta pemerintahan. Sistem-sistem Islam digantikan dengan sistem-sistem kufur yang lain. Maka, lahirlah 1001 permasalahan di muka bumi, termasuklah jenayah zina.

Jadi, Apa Penyelesaiannya???
Apa lagi kalau bukan menegakkan semula Khilafah Islamiyyah? Ayuh sebarkan dakwah. Ayuh lakukan terjahan pemikiran. Terjah segala pemikiran-pemikiran sekular dan gantikannya dengan pemikiran Islam yang cemerlang. Kebangkitan umat itu bermula daripada revolusi pemikiran, yakni perubahan pola pemikiran daripada pemikiran sekular kepada pemikiran Islam.

Ayuh segera lalukan! Sebarkan walaupun sepotong ayat! Naluri berkasih-sayang kita memerlukan pemuasan yang hak! Jangan biarkan ia meronta-ronta!
Selanjutnya...

02 August 2010

Gejala Mandul


Apabila sebut tentang 'mandul', ramai yang mula risau lebih-lebih lagi kaum Adam. Kejantanan kaum Adam dianggap tercalar sekiranya mempunyai masalah pembiakan. Kaum Hawa juga tidak kurang risaunya tentang masalah mandul ini.

Namun, apa yang hendak diutarakan bukanlah kemandulan dari segi sistem pembiakan manusia. Tetapi kemandulan yang mendasar kepada akal fikiran manusia. Hal ini mesti dititikberatkan oleh setiap umat Islam. Kerana akal yang cemerlang akan membuahkan keimanan yang mantap.

Berikut merupakan perkara-perkara yang menyumbang kepada pemandulan fikiran umat. Semoga kita berhati-hati dengan perkara ini.


1.Biro Tata Negara
Biro Tata Negara merupakan suatu badan asobiyyah yang menerapkan semangat kemelayuan pada umat. Antara golongan sasaran mereka adalah golongan pelajar. Walhal, ikatan yang mengikat umat Islam adalah ikatan aqidah, bukan ikatan kemelayuan atau ikatan-ikatan yang lain.

2.Semangat Nasionalisme
Semangat nasionalisme ternyata merupakan suatu semangat yang memecahbelahkan perpaduan umat Islam. Para nasionalis hanya menyeru rakyat negara mereka untuk membina kekuatan untuk rakyat mereka sahaja. Perpaduan yang sempit ini sudah tentu tidak dapat menyatukan umat Islam di serata dunia. Fakta sejarah menunjukkan umat Islam bersatu selama 1300 tahun dengan Khilafah Islamiyah, di mana umat Islam di 2/3 dunia dinaungi di bawah SATU kepimpinan sahaja.

3.Media Arus Perdana
Kebanyakan media arus perdana hari ini ternyata merupakan suatu golongan yang menyokong aspirasi kerajaan kapitalis. Propaganda terus disebarkan untuk menyerang pemikiran masyarakat melalui media arus perdana. Propaganda ini mampu memandulkan umat yang malas berfikir.

4.Sukatan Pelajaran
Perkara-perkara yang penting seringkali disorok dalam sistem pelajaran masa kini. Ini adalah salah satu usaha dan strategi puak penjajah kufur untuk memandulkan pemikiran umat bermula dari golongan kanak-kanak lagi. Perkara-perkara penting seperti Khilafah, tokoh-tokoh pejuang Islam, dan perkara-perkara yang menggugat kerajaan thoghut dimansuhkan dalam sukatan pelajaran supaya pemikiran dimandulkan dan sekaligus fakta itu dapat dilenyapkan dari muka bumi.

5.Ulamak dan Ahli Agama Sebagai Dalang
Untuk mengaburi mata umat daripada kebatilan, pihak berkuasa akan menggaji para ahli agama mahupun ulamak. Justeru, umat akan terikut-ikut kata-kata ahli agama tersebut walaupun bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Maksud hadis:
"Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rusaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa." [HR Abu Na'im]

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...