Pages

18 July 2010

9 Sukarelawan PBSM Malaysia Tiba di Gaza



Alhamdulillah. Mereka sampai juga di bumi gelojak, Gaza setelah menghadapi kerenah-kerenah manusia yang mengikut telunjuk si kafir penjajah. Sempadan kenegaraan dilihat antara punca utama kesukaran mereka untuk memasuki Gaza. Inilah natijah daripada sempadan nasional yang dicipta sendiri oleh kaum kafir penjajah untuk memecahbelahkan umat Islam kepada negara-negara kecil.


Tinjauan mereka mendapati keadaan Gaza cukup daif. Peninggalan kekejaman Israel selama 22 hari 18 bulan lalu masih jelas kelihatan. Gaza Islamic University dibom dengan sewenang-wenangnya oleh si kafir Yahudi. Tidak lain tidak bukan, tindakan mereka ini adalah untuk melenyapkan umat Islam berintektual untuk jangka masa panjang. Rumah-rumah warga Palestin pula diratakan sesuka hati.

Penderitaan warga Palestin tidak terhenti di situ. 140000 warga Palestin menganggur tanpa pembelaan. Manakala penguasa-penguasa Arab yang selama ini menguasai industri minyak dan gas hanya berdiam diri di atas kerusi empuk mereka. Mereka bagaikan melihat penderitaan warga Palestin ini bagaikan menonton wayang sambil menikmati berteh jagung!

Kehadiran 9 sukarelawan PBSM Malaysia ini dilihat sebagai satu keprihatinan umat Islam terhadap saudaranya. Tetapi, apa yang menyedihkan, penguasa-penguasa muslim hari ini hanya berdiam diri. 'Saudara besar' kita di Pakistan dan Indonesia juga tidak menggerakkan ketumbukan ketenteraan meskipun Indonesia mempunyai berbilion-bilion penduduk dan Pakistan pula memiliki senjata-senjata canggih. Begitu juga di tanah air kita, senjata canggih seperi Sukhoi dibeli tetapi ia hanya dimanfaatkan untuk pertunjukan udara sahaja. Adakah ini yang dituntut oleh Allah SWT?

Kehadiran sukarelawan-sukarelawan ini bukanlah noktah kepada penyelesaian isu Palestin yang berlarutan sejak kejatuhan Khilafah pada tahun 1924. Apakah yang dapat mereka lakukan melainkan memberi bantuan perubatan? Bagaimana pula jika bantuan perubatan sentiasa dihulurkan, dalam masa yang sama, tiada tentera tampil untuk membantu warga Palestin? Oleh yang demikian, tentera Zionis terus bermaharajalela dek kerana tiada tentangan daripada tentera muslimin.

Sesungguhnya warga Palestin sangat memerlukan bantuan ketenteraan. Bantuan PBSM ini wajar dipuji, namun ia bukanlah penyelesaian akar umbi. Kerana bantuan perubatan tidak mungkin akan melenyapkan pendudukan Yahudi di bumi Palestin.

Apakah maknanya sekiranya bantuan perubatan diberikan, tetapi setiap hari mereka dibunuh dan dicederakan? Apakah maknanya sekiranya selimut diberikan, tetapi selimut itu digunakan untuk menutup mayat mereka? Apakah maknanya bantuan makanan diberikan untuk mengenyangkan perut mereka, tetapi peluru sentiasa menembusi perut mereka?
Tuntasnya, bantuan perubatan adalah sesuatu yang amat diperlukan, tetapi bantuan ketenteraan adalah penyelesaian akar umbi bagi masalah Palestin.

Ayuhlah para tentera muslimin! Pintu jihad sedang terbuka luas! Kejarlah kemuliaan, sama ada menang ataupun syahid! Sesungguhnya, tiada ketaatan dalam maksiat. Penguasa muslimin hari ini telah terang-terang memaksiati Allah SWT kerana tidak melaksanakan kewajipan jihad!

"Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan" [TMQ al-Anfaal:39]

Maksud hadis:
"Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik" [HR Bukhori]
Selanjutnya...

17 July 2010

Kerajaan Kapitalis Mengganas: Harga Barang Naik Lagi



Rakyat dihimpitkan lagi dengan isu kewangan apabila kerajaan kapitalis pimpinan Najib Razak mengganas lagi dengan pengurangan subsidi kerajaan. Media arus perdana diarahkan supaya tidak menggunakan istilah 'naik harga'. Inilah perang propaganda yang dilancarkan oleh kerajaan kapitalis bagi membodohkan rakyat dengan dakyah-dakyah bodoh mereka. Apa yang pasti, mereka yang berfikiran mustanir sudah tentu tidak tertipu dengan tipu daya bodoh ini. Tetapi mereka yang sebati dengan haluan kapitalis pasti dibodohkan dengan kenyataan ini.

Rakyat bukan sahaja berang dengan tindakan ini yang menyebabkan kesempitan hidup. Malah, rakyat juga berang kerana mereka dibodohkan bulat-bulat dengan janji-janji manis Najib Razak. Slogan 'Rakyat Didahulukan' hanyalah gula-gula yang ditaburkan untuk mengaburi pemikiran rakyat. Hakikatnya, kehidupan rakyat semakin terhimpit dan membebebankan. Paling tidak, rakyat hanya dapat merasai 'kemanisan slogan' sahaja. Manakala kemanisan isi slogan sudah lama dihisap oleh lintah darat kapitalis negara.

Namun begitu, masih ada rakyat yang terpedaya dengan perang propaganda yang dihanyutkan oleh kerajaan melalui media arus perdana. Masakan tidak, perut mereka kenyang dan diisi setiap hari. Mereka hanya memikirkan perut masing-masing sahaja, sedangkan masih terlalu ramai rakyat yang hidup dalam keadaan dhaif dan miskin, tidak makan, dan hidup yang mendasar kepada simpati orang ramai. Hal ini berlaku kerana mereka hanya mempunyai sekelumit kasih sayang terhadap sesama manusia, ataupun tidak mempunyai sekelumit kasih-sayang pun terhadap manusia kerana hanya asyik memikirkan perut sendiri sahaja!

Apa yang lebih menyakitkan hati, kerajaan menyatakan bahawa tindakan mereka ini adalah untuk perancangan masa depan. Namun, sesudah hak rakyat dikaut dengan samahu-mahunya, janji masih belum dikotakan. Janji hanya tinggal janji dan hak rakyat dikaut terus-menerus oleh sang kapitalis lintah darat. Namun, setelah berbilion-bilion hak rakyat dikaut, ada lagi yang masih belum celik hatinya dan terus menyokong segala tindak-tanduk kerajaan yang mendasar kepada hukum kapitalis-sekular.

Masalah umat ini mestilah digali sehingga kita jumpa akar kepada masalah ini. Akar kepada masalah ini sudah tentulah berakar daripada sistem yang sedang digunapakai. Sistem yang digunapakai tidak lain hanyalah mengikut telunjuk Barat dan melenyapkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber hukum. Sistem tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah sistem demokrasi, di mana manusia diberi mandat oleh manusia untuk membuat hukum. Walhal, hanya Allah yang layak untuk membuat hukum. Dalam hal ini, 'tuhan' di kalangan manusia telah menetapkan undang-undang sendiri yang sangat membelit kehidupan umat. Sekiranya hukum-hakam Allah Yang Maha Bijaksana diterapkan 100%, pasti, pasti, dan pasti kehidupan masyarakat tidak lagi dihimpit oleh masalah umat kerana hukum-hakam tersebut adalah hukum daripada Tuhan Yang Maha Agung!

"...hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan". [TMQ al-An'aam:57]


Tuntasnya, bagi menyelesaikan masalah umat ini, akar (sistem) wajib ditukar bagi menjadi asbab kepada kebahagiaan umat manusia, tidak mengenal yang kafir mahupun muslim. Sistem tersebut sudah tentulah datangnya daripada Allah SWT, di mana sistem tersebut tiada satu cacat-celapun. Dan golongan lintah darat kapitalis hari ini pasti dihukum dengan seadil-adilnya dengan menggunakan undang-undang yang dicipta sendiri oleh Allah SWT.

"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah" [TMQ al-Maaidah:50]

Selanjutnya...

16 July 2010

Antara Syariat dan Peterporn



Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. [TMQ An-Nuur:2]

Berita hangat video pendek Peterporn sememangnya sudah menjadi berita sensasi di seluruh dunia. Beringat hangat lagi sensasi ini mempunyai aura tersendiri sehinggakan berita ini menjadi buah mulut Malaysia, Hong Kong, dan Jepun.

Lantaran daripada isu ini, ramai yang cuba untuk mendapatkan video pendek ini melalui pelbagai media. Penyebaran bahan maksiat ini sememangnya tidak boleh dibendung lagi dek kemajuan arus teknologi maklumat yang berkembang pesat. Perkara ini semestinya harus dipandang sebagai suatu perkara yang amat membimbangkan kerana ia bakal mengundang padah terutamanya terhadap golongan belia yang menjadikan Ariel Peterpan sebagai idola dan ikutan arus muzik semasa.

Natijah daripada kes ini adalah peningkatan kes rogol kanak-kanak sebanyak 20% di Ondonesia. Jenayah zina juga telah meningkat peratusnya akibat daripada penyebaran video ini. Malah, lebih teruk daripada itu, ada juga sepasang remaja yang berzina meniru aksi ranjang Ariel Peterporn berzina.

Ketua negara Indonesia seperti sedia maklum adalah seorang lelaki yang beragama Islam. Namun begitu, beliau dan menteri-menterinya tidak melihat penyelesaian kes ini dari sudut pandangan Islam. Sesungguhnya kewajipan menerapkan hukum-hakam Islam adalah tertaklif kepada pemerintah. Al-Quran dan as-Sunnah tidak lagi dipandang sebagai dustur (perlembagaan), tetapi hanya hanya dilihat sebagai bahan bacaan sehari-harian sahaja.

"... dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". [TMQ Al Furqaan:30]

Apa yang menyedihkan adalah, pemerintah-pemerintah hari ini tidak memandang al-Quran dan as-Sunnah sebagai jalan penyelesaian. Hukum-hakam sekular lebih selesa untuk diterapkan bagi mereka, walhal hukum-hakam sekular tidak pernah menyelesaikan masalah, malah hukum sekular adalah punca kepada masalah umat seperti zina, mencuri, dan segala jenayah di muka bumi ini.

Justeru, apakah maknanya sekiranya sesebuah negara itu mempunyai qari yang bertaraf dunia, namun al-Quran hanya sekadar dilagukan? Indonesia sememangnya kaya dengan qari bertaraf dunia seperti Hj. Muammar ZA, Hj. Chumaidi, dan Indragunawan. Namun, al-Quran sebagai halwa telinga, dan bukan untuk diterapkan.

Justeru, bagi menyelesaikan masalah ini, umat Islam tidak kira sama ada di Indonesia, Malaysia, dan di mana saja wajib berbalik kepada al-Quran untuk menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh hukum-hakam sekular yang bertapak di muka bumi Allah ini. Hanya Daulah Khilafah yang akan mengkuburkan hukum sekular, dan menerapkan hukum Allah.

"...Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya". [an-Nisaa`:59]
Selanjutnya...

10 July 2010

28 Rejab 1342H : Lenyaplah Empayar yang Memayungi 3/4 Dunia



27 dan 29 Rejab merupakan tarikh di mana para ulama berkhilaf tentang tarikh peristiwa Isra` wal Mi'raj. Namun begitu, jumhur ulama bersepakat menyatakan 27 Rejab merupakan tarikh peristiwa tersebut. Namun begitu, sejauh manakah pengetahuan umat Islam tentang tarikh 28 Rejab? Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang peristiwa 28 Rejab kerana ia adalah suatu peristiwa yang disorokkan oleh kaum kafir sama ada disorokkan dari media mahupun silibus pelajaran di sekolah.

Pada 28 Rejab 1342H bersamaan dengan 3 Mac 1924M, Daulah Khilafah di Turki secara rasminya telah ditumbangkan oleh seorang ejen British, Mustafa Kemal Laknatullah. Dengan bermodalkan penghancuran ini, Mustafa Kemal dianugerahkan sebagai pemimpin negara Turki berhaluan sekular, lantas melenyapkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber hukum bagi manusia untuk menjalani kehidupan.

Setelah jatuhnya Khilafah pada saat itu, Sultan Abdul Majid II terus dihalau dari istana. Kemudian, Mustafa Kemal Laknatullah diangkat sebagai 'hero' ekoran kejayaan dakyah-dakyah Barat yang menerobos ke dalam hati masyarakat ketika itu, dan para Khalifah pula dianggap sebagai 'orang jahat'. 'Sifat wirawan' Mustafa Kemal Laknatullah terselah kerana semenjak Daulah Khilafah tumbang, bermacam-macam peristiwa hitam berlaku kepada umat Islam. Palestin dijajah oleh Israel, pembunuhan umat Islam beramai-ramai, dan umat Islam dipecah-belahkan kepada negara-negara kecil yang lemah.



Peristiwa penting ini terus disorok bagi kepentingan puak penjajah kufur. Ejen-ejen mereka terus mengikut telunjuk mereka dengan menerapkan sistem sekular yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam. Sejarah agung Khilafah tidak boleh dicapai melalui bahan utama di sekolah, tetapi hanya boleh dicapai melalui bahan-bahan alternatif. Perkara ini menyebabkan umat Islam buta sejarah dan menyebabkan umat Islam hanya menganggap Khilafah hanyalah tinggalan sejarah yang tidak dapat dikembalikan.

Lebih menyedihkan lagi, rata-rata umat Islam hari ini tidak mahu mengembalikan kegemilangan politik Islam. Dakyah Barat begitu berjaya menusuk hati umat apabila ada dalam kalangan umat Islam hari ini menyatakan politik itu adalah suatu permainan kotor. Lantas, mereka hanya berdakwah supaya umat Islam bersolat, berdoa, berzikir, beriktikaf di masjid, dan hanya melakukan ibadah-ibadah khusus sahaja. Beginilah caranya umat Islam dilalaikan oleh kaum kafir penjajah, di mana umat Islam dilalaikan untuk melaksanakan kewajipan yang wajib dilaksanakan segera. Perkara ini merupakan malapetaka bagi umat Islam kerana pemikiran umat telah dimandul dan dimundurkan oleh dakyah-dakyah Barat.

Walhal, politik Islam bukanlah suatu permainan kotor, tetapi politik Islam adalah suatu ibadah yang suci dan suatu kaedah yang digunakan untuk menerapkan hukum-hakam Islam secara 100% dan digunakan untuk memayungi 3/4 dunia pada suatu ketika dahulu. Tanpa sistem politik Islam, dengan cara apakah hukum-hakam Allah itu dapat diterapkan 100%?

Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama mengembalikan kegemilangan Empayar Islam yang pernah menjadi kuasa besar pada suatu ketika dahulu. Kegemilangan Khilafah bukanlah sekadar sejarah lampau, tetapi ia bakal ditegakkan semula. Khilafah bakal ditegakkan semula, dan apabila Khilafah ditegakkan semula, negara-negara Barat yang kufur itu tidak lain dan tidak bukan akan mengalami mimpi ngeri dan sifat zalim dan pembuli mereka bakal ditamatkan.
Selanjutnya...

09 July 2010

Bumi 27 Rajab yang Ternoda


Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [TMQ al-Israa`:1]


Sesungguhnya peristiwa Israk wal Mi'raj merupakan peristiwa yang amat bersejarah bagi umat Islam. Antara hikmah peristiwa itu diatur oleh Allah SWT adalah bagi menenangkan hati Rasulullah SAW yang bersedih pada ketika itu tatkala kewafatan bapa saudara dan isteri kesayangan baginda. Melihat peristiwa ini dari sudut logik akal, memang peristiwa ini dikatakan tidak logik. Namun, ia adalah kehendak Allah SWT dan ia pasti berlaku atas kehendak Allah SWT.

Bumi suci Palestin adalah bumi yang terpilih bagi peristiwa ini. Palestin bukan sahaja disebut-sebut pada hari ini kerana kekejaman Israel, malah lipatan sejarah turut mencatat peristiwa yang amat bersejarah ini.

Namun, akibat budaya hedonisme yang semakin menular, umat Islam terleka dengan hiburan yang semakin hari semakin banyak disajikan di media-media. Tidak cukup dengan rancangan realiti televisyen yang semakin menular, budaya hedonisme di tanah air ditambahperisa dengan kehadiran artis-artis asing.

Justeru, peristiwa-peristiwa penting seperti Israk wal Mi'raj pada 27 Rajab (mengikut jumhur ulamak) dipandang sepi oleh masyarakat. Malah, peristiwa ini 'disambut' dengan meminum arak dan berjoget di kelab-kelab malam. Begitulah mudahnya umat Islam dilupakan oleh orang kafir. Dengan hanya menyuapkan hiburan-hiburan melampau, umat Islam begitu mudah terleka dengan arus hedonisme yang melanda.

Lantas, budaya hendonisme ini turut membawa kesinambungan terhadap bumi suci Palestin. Bumi suci yang ternoda ini sering diabaikan. Malah, sebilangan umat Islam hanya menganggap isu Palestin adalah isu kaum arab sahaja.

Justeru, umat Islam hari ini mesti menongkah arus bagi menangani permasalahan umat yang terlalu banyak berhibur ini sehinggakan umat Islam terleka tentang tanggungjawab umat Islam bagi membebaskan bumi suci Palestin daripada cengkaman Israel laknatullah.


“Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka... See More hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” [Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah]

Selanjutnya...

05 July 2010

Petua Zakar Kuat dan Hebat (LELAKI SAHAJA!)

Pertamanya sekali, ingin aku beri amaran kepada makhluk-makhluk yang masih belum terbuka mindanya agar jangan baca post kali ni. Sebab tahap pemikiran anda masih belum mustanir (cemerlang) untuk membezakan mana satu intan di antara kaca. Pendek kata, tak boleh membezakan antara ilmu dengan bahan lucah.

Amaran keras ini diberikan kerana sebelum ni, ada pihak yang mengalami 'sindrom pra-matang' yang mengeji hasil penulisan blog ini dengan mencemuh penulis blog. Bermacam-macam tohmahan terpaksa didengar sehinggakan telinga si penulis hampir terbakar. Si penulis juga mengharungi hari bagaikan mengharungi lautan api, memijak onak berduri, dan berterbangan di atmosfera yang beracun (T.T)

Oleh yang demikian, sekiranya anda tergolong dalam golongan yang tidak mustanir, dinasihatkan anda agar berambus dari membaca post ini. Mungkin post lain lebih sesuai untuk anda bagi membentuk pemikiran mustanir supaya dapat membaca post ini di kemudian hari ;-p



Maklumat ni diambil daripada e-mail. Semoga ia bermanfaat untuk kaum adam khususnya, dan bermanfaat juga untuk si isteri...

1. Jangan minum ais dan apa-apa sahaja minuman bergas.

2. Jangan menggunakan penghawa dingin terlalu kuat, ia akan melemahkan zakar kerana zakar yang dingin tidak mampu mengalirkan darah yang banyak untuk membesar dan menegangkan zakar.

3. Elak memakan makanan yang sejuk.

4. Jangan memakai seluar dalam yang ketat. Ketika memakai seluar dalam, cuba amal membetulkan kedudukan batang zakar dengan menaikkannya ke atas iaitu menyentuh perut melegakan zakar dan aliran darah menjadi sempurna.

5. Semasa tidur, elakkan memakai sebarang seluar dalam.

6. Urutlah zakar sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari untuk membentuk zakar yang keras, besar dan bertenaga.

7. Jangan menghisap rokok.

8. Jangan minum minuman keras. Keharamannya dalam Islam cukup jelas dan tiada ijtihad boleh dikeluarkan untuk menghalalkan arak

9. Jangan bersetubuh sebaik sahaja selepas makan.

10. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air lebih kurang lima minit setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik.

11. Jangan amalkan onani/melancap.

12. Jangan buang air kecil dalam air.

Wallahu a'lam
Selanjutnya...

04 July 2010

Nikmat Apabila Islam Diterapkan 100%

Perkara ini bukan main-main. Tapi ini adalah suatu kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT Yang Maha Bijaksana. Hukum-hakam Islam wajib diterapkan 100%, bukan separuh-separuh.

Maksud firman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [al-Baqarah:208]

Justeru, bagi menerapkan Islam 100%, tidak lain dan tidak bukan, hanya Daulah Khilafah-lah yang menerapkan Islam 100%. Tiada negara lain yang menerapkan Islam 100%. Kalau ada, negara apa? Arab Saudi? Mesir? Malaysia? Indonesia? Negara-negara ini hanyalah negara umat Islam, bukan negara Islam. Negara-negara yang berhukum dengan hukum kafir!

Nikmatnya...
Mari kita imbau sejarah lampau, di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Beliau merupakan seorang khalifah yang adil dan warak. Asbab Islam diterapkan 100%, Allah SWT telah memberikan kekayaan yang melimpah ruah sehinggakan tiada individu yang layak menerima zakat pada ketika itu. Subhanallah...

Pendidikan percuma, perubatan percuma, air percuma, tiada tol, tiada cukai yang tidak syar'ie menunjukkan Islam itu adil terhadap umat Islam dan orang kafir. Bukan itu sahaja, Baitul Mal pada waktu itu juga bersedia membantu umat Islam yang tidak mampu untuk berkahwin!

Bukan itu sahaja, umat Islam tidak dibebani dengan hutang keliling pinggang. Baitul Mal bersedia untuk membantu umat Islam yang berada dalam kesempitan wang. Masakan tidak, sang khalifah wajib menjaga kebajikan rakyatnya.

Para pendakwah juga bebas melakukan kerja-kerja dakwah apabila Islam diterapkan 100%. Ini adalah kerana dakwah merupakan satu kewajipan setiap umat Islam, dan Daulah Khilafah haram untuk menghalang umat Islam daripada berdakwah.

Maksud firman:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [Aali 'Imran:104]

Realiti Hari Ini...
Namun, situasi yang amat berbeza berlaku pada zaman ini di mana umat Islam dihalang untuk berdakwah. Umat Islam bukan sahaja dihalang oleh orang kafir, malah dihalang oleh umat Islam yang berhaluan sekular!

Sistem ekonomi kapitalis diterapkan membawa padah kepada umat manusia. Masyarakat tersepit dengan hutang riba yang sah di sisi undang-undang negara sekular. Bermacam-macam cukai dikenakan bagi mengenyangkan perut sang kapitalis.

Hak-hak rakyat turut dirompak bagi kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka. Syarikat-syarikat yang bertanggungjawab dalam pengurusan hak umat diswastakan bagi memperoleh keuntungan berlipat ganda. Sesungguhnya kerajaan kapitalis adalah kerajaan perompak, bukan pembela nasib rakyat!

Maksud hadis:

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]


“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah]


Kos berjuta-juta! Adakah mustahil?
Adakah mustahil bagi Daulah Khilafah untuk menanggung semua kos tersebut? Dari segi pemikiran yang mempunyai maklumat tidak lengkap, pasti kos-kos tersebut tidak logik untuk ditanggung oleh Daulah Khilafah kerana ia menelan kos berjuta-juta ringgit.

Adakah kita lupa, Islam pernah menguasai 2/3 dunia suatu ketika dulu? Pada masa itu jugalah kemudahan-kemudahan seperti internet, bullet train, telefon bimbit, 3G, kapal terbang, dan sebagainya masih belum wujud. Namun, Allah tetap mengizinkan perkara ini berlaku. Tidak lain tidak bukan, ia adalah kerana apabila hukum-hakam Allah itu diterapkan 100%, segala urusan umat akan berjalan dengan lancar kerana hukum-hakam tersebut adalah daripada Yang Maha Bijaksana.
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...