Pages

19 April 2010

al-Quran dan Kehidupan


Sebelum turunnya Al-Quran, manusia(khususnya di negeri Arab) secara amnya hidup di dalam kepelbagaian ragam kepercayaan, kebudayaan dan etika. Dan kemudian Al-Quran diturunkan dengan membawa rahmat perubahan. Antaranya ialah:-

1. Bidang Aqidah: melalui penyataan yang di bawa oleh Al-Quran tentang tuhan itu Maha Esa, maka kepercayaan bertuhan banyak (politheisme) menjadi gugur (tidak diakui oleh Islam). Sebab tidak ada Tuhan selain Allah SWT, dan Dialah Yang Maha Pencipta alam semesta ini. Kepercayaan seperti ini dinamakan tauhid.

2. Bidang Ibadah: Al-Quran datang dengan petunjuk bahawa yang berhak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Dia yang Maha Satu, Pencipta manusia dan alam semesta. Al-Quran dengan petunjuk yang demikian, melarang keras beribadah kepada patung, berhala, matahari, bulan atau selain Allah SWT. Sebab, tidak ada sekutu baginya.


3. Bidang Akhlak: Al-Quran memberi petunjuk dan garis pemisah tentang kriteria antara akhlak yang baik dan terpuji dengan akhlak yang buruk dan tercela. Masalah-masalah pembunuhan, perzinaan, perjudian, pencurian dan merampas harta orang lain, tidaklah masuk dalam wawasan akhlak. Justeru masalah-masalah tersebut termasuk ke dalam tindakan jenayah dan pembuatnya wajib dijatuhkan hukuman.

4. Bidang Siyasah (Politik): Al-Quran dan sunnah Rasul (Al-Hadith) tidak mengakui kedaulatan umat atau penguasa. Kedaulatan menurut kedua sumber tersebut dan sumber lain yang diakui muslim adalah milik Allah dan Rasulnya. Hanya 'kekuasaan pemerintahan' sajalah yang dimiliki umat. Dalam Islam tidak diakui (tidak ada) 'Sistem Kerajaan' atau Aristokrasi. Pemerintahan Islam adalah 'Negara Kesatuan' (Khilafah Islamiyah), bukan 'Negara Bahagian'. Inilah salah satu contoh yang pernah terjadi dahulu semasa kekhilafahan masih berlaku, dan ia bukan sekadar perbandingan teoritis tetapi merupakan sebuah peraturan yang terbukti di dalam kenyataan kehidupan.

5. Bidang Ekonomi: Al-Quran dan Sunnah Rasul telah memberikan batasan pemilikan bagi individu, masyarakat dan negara. Telah ditentukan apa yang boleh dimiliki oleh individu dan apa yang tidak. Juga telah ditentukan tentang pemilikan sesuatu (benda) yang bersifat umum, tidak boleh dimiliki oleh per individu, seperti laut, sungai dan lain-lain. Peraturan yang terdapat pada Al-Quran dan Sunnah Rasul memberikan petunjuk pelaksanaan tentang jaminan pemenuhan keperluan asas setiap individu menurut kadar dan dalam keadaan seadil-adilnya.
Selanjutnya...

13 April 2010

Apabila Penceramah Mula Demand

Menjadi tanggungjawab seorang muslim bagi menyampaikan fikrah Islam, yakni berdakwah. Dakwah merupakan satu tanggungjawab dan menjadi maksud hidup umat Islam.

Maksud firman:

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. [Aali 'Imran : 104]

Mungkinkah ayat ini menjadi satu titik 'kesedaran' terhadap golongan-golongan berilmu seperti penceramah-penceramah yang ada sekarang? Jika niat mereka berceramah hanya kerana Allah SWT, alhamdulillah. Semoga Allah menerima apa yang mereka kerjakan.

Namun, sejak akhir-akhir ini, muncul pula golongan penceramah yang 'demand'. Sesuatu harga yang bernilaikan wang ringgit ditetapkan untuk mendapatkan ilmu. Ya, memang betul, bagi mendapatkan secebis ilmu, tidak dapat tidak, kita mesti mengeluarkan sedikit wang bagi mendapatkan ilmu itu. Namun, golongan penceramah seperti ini nampaknya seperti gila duit. Sanggup meletakkan harga beribu-beribu ringgit bagi beberapa jam berceramah.


Apakah hasrat yang ingin mereka capai? Untuk menyampaikan ilmu ataupun ingin mendapatkan wang dengan hanya bercakap? Mudahnya kerja mereka. Dengan hanya menetapkan ribuan ringgit pada satu sesi ceramah, ribuan ringgit diperolehi. Itu baru satu ceramah. Perkara ini sangat tidak adil kerana ramai lagi yang memerah keringat, tetapi wang hanya habis di celah gigi. Inilah sistem ekonomi kapitalis.

Apakah alasan terbaik bagi golongan seperti ini untuk mengukuhkan alasan mereka? Mungkingkah menjadikan artis sebagai sandaran? Artis dibayar beribu-ribu, ceramah agama dan motivasi yang diselitkan ayat-ayat al-Quran pun mesti dibayar beribu-ribu? Adakah artis yang menjadi sandaran? Mengapa tidak menjadikan Rasulullah SAW sebagai sandaran? Berdakwah ke sana ke mari tanpa mengharapkan satu dinar emas pun.

Secara mudahnya, mungkin golongan seperti ini menggunakan agama sebagai landasan untuk mendapatkan wang dengan mudah. Buat lawak, selitkan ayat-ayat al-Quran, selitkan hadis, dan cakap dengan penuh karisma membolehkan penceramah ini semakin hari semakin 'demand'.

Sedarlah, agama bukan untuk dijual beli. Berdakwahlah dengan ikhlas tanpa mengharapkan wang. Mungkin kata-kata mereka ini tidak mampu meresap ke dalam hati pendengar kerana wang dan populariti menjadi sandaran. Wallahu a'lam.
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...