Di saat Daulah Khilafah Uthmaniyyah mengalami masalah kewangan, Theodor Hertzel menggerakkan langkah untuk menangguk di air keruh. Sewaktu itu, Dunia Islam mengalami kemunduran ummat. Pada masa itu juga, Khilafah Uthmaniyyah digelar ‘Orang Sakit Eropah’.Hutang sebanyak 190 juta Lira Turki membuatkan Theodor Hertzel menawarkan bantuan untuk menyelesaikan hutang tersebut dengan menawarkan khidmat pemodal-pemodal Yahudi bagi mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan bumi suci Palestin.
Dalam persidangan Zionis ke lima, Hertzel berkata, “Bantuan kewangan akan dihulurkan oleh orang-orang Yahudi kepada Turki akan mempunyai pengaruh yang besar untuk membantunya menyelesaikan segala permasalahan dan krisis dalamannya yang kelihatan amat sukar untuk diselesaikan”. Tetapi, Sultan Abdul Hamid II tidak menghiraukan surat-surat dan orang tengah Hertzel. Hertzel terus berkeras untuk menemui Baginda namun usahanya tetap gagal.
Bagi mencapai matlamatnya, Hertzel meminta rakannya, Neolinski (Philip Michael De) agar berusaha supaya Baginda mengurniakan pingat kepadanya bagi memperdaya orang ramai. Lalu, Baginda mengurniakannya pingat peringkat tertinggi (Comodor) sebagai seorang ahli politik.
Selepas itu, Sultan Abdul Hamid II mengeluarkan jawapannya kepada Hertzel melalui Neolinski. Ternyata jawapan Baginda amat menghampakan si kafir Theodor Hertzel bagi mendapatkan bumi suci Palestin.
Baginda mengeluarkan jawapan yang berbunyi:
“Jika Hertzel adalah sahabat anda sebagaimana anda adalah sahabat beta, maka nasihatilah dia bahawa janganlah dia bergerak walau satu langkah lagi ke hadapan di dalam masalah ini. Beta tidak mampu untuk menjual satu incipun daripada bumi ini, kerana tanah air ini bukan milik beta, tetapi ia adalah milik rakyat beta yang telah mendirikan empayar ini melalui titisan darah mereka. Beta akan memberikan titisan darah beta sebelum membenarkan sesiapapun untuk merampasnya daripada beta. Dua ketumbukan tentera Syria dan Palestin (Arab) telah berperang di Balafattah (Balkan) dan seorang selepas seorang mendapat syahid kerana tiada seorang pun dalam kalangan mereka rela menyerahkan diri. Mereka lebih suka untuk mati di medan perang. Empayar ini bukan milik beta, tetapi ia adalah milik rakyat beta, Turki muslim. Oleh kerana itu, beta tidak boleh memberi mana-mana bahagian empayar ini kepada sesiapapun. Orang-orang Yahudi hendaklah menyimpan sahaja wang mereka yang berjuta-juta itu. Mereka mungkin Berjaya mendapatkan Palestin tanpa apa-apa imbalan jika empayar ini dipecah-pecahkan, tetapi tubuh beta sahaja yang boleh dipisahkan-pisahkan. Beta tidak akan benarkan tubuh beta dibedah ketika masih hidup”














