Pages

16 February 2010

Valentine's Day : Kenapa Pelik?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Secara ringkasnya hari Valentine disambut oleh para kuffar kerana meraikan kejayaan paderi yang bernama saint Valentine atas jasanya kepada kaum kuffar dalam menjatuhkan pemerintahan kerajaan Islam di cordovan (Andalusia), tepatnya jatuh pada tarikh 14 februari setiap tahun. Walaupun umat Islam telah didedahkan dengan sejarah hari Valentine ini, namun yang menyambutnya masih lagi ramai anak-anak muda kaum muslimin. Dalam sistem kapitalis, hal ini tidaklah menjadi suatu perkara yang pelik seperti melihat anak kambing berkepala dua, akan tetapi yang sepatutnya menjadi perkara yang pelik lagi perlu dipersoalkan ialah kenapa sistem ini masih lagi ditatang sedangkan umat tahu dengan sistem yang ada ini kemaksiatan seperti hari Valentine ini tidak akan pernah berakhir dan tidak akan pernah menunjukkan tanda seakan-akan hendak berakhir.

Pada tiap kali datangnya hari Valentine, pasti media-media tempatan akan mempromosikan paling tidak 1-2 muka surat tentang hari kufur ini. Dalam masa yang sama turut diselitkan juga sejarah hari Valentine di muka surat lain. Apa ini?? Lihat saja betapa bobroknya media umat Islam dalam kononnya hendak tunjuk baik memaparkan pandangan-pandangan segelintir golongan yang memberi pendapat Islami dalam masa yang sama turut memaparkan cara-cara untuk menyambut hari Valentine tersebut. KEJINYA! Inilah sistem kapitalis wahai umat sekalian. Perkara ini berlaku kerana mereka memandang manfaat yang mereka peroleh apabila memaparkan suatu berita (sambutan pembaca yang akan membeli), bukannya hendak mendidik umat.

Belum lagi disentuh tentang pihak yang menguasai media. Apakah tindakan para pemegang tampuk kekuasaan? Apakah mereka bersungguh menghapuskan kemungkaran ini? Bila berlaku penzinaan dan khalwat, hanya pihak jabatan agama negeri saja yang turun padang dan ada sekali disertai pihak polis. Lebih kelakar lagi, ada pihak polis wanita yang tidak memakai tudung turun sama. Kenapa tidak ditangkap sekali polis wanita yang tidak memakai tudung itu? Hendak membantu mencegah kemungkaran, tapi dalam masa yang sama dia sekali melakukan kemungkaran terang-terangan dengan tidak memakai tudung? Pihak jabatan agama yang turun pula adakah telah melakukan muhasabah kepada anggota polis tersebut? Lihatlah umat betapa celarunya sistem yang diguna pakai untuk mengatur kehidupan hidup manusia sekarang. Perkataan 'maksiat' hanya diguna pakai untuk kes-kes tertentu seperti khalwat dan zina, tetapi tidak memakai tudung tidak dilihat sebagai perkara maksiat, tetapi sebagai perkara biasa dan hak kebebasan peribadi.

Wahai umat Islam, sedarlah bahawa kemaksiatan semakin berleluasa, semakin menghancurkan manusia dan semakin hilanglah maruah diri umat Islam. Adakah dengan keadaan begini anda idamkan Palestin itu untuk dibebaskan? Adakah dengan sistem yang haprak ini anda mengharapkan kemaksiatan seperti hari Valentine ini akan berakhir? Adakah dengan sistem yang sekular jahanam ini anda mengharapkan orang yang memegang tampuk kepimpinan akan turun menghapuskan segala perkara yang bertentangan dengan Quran dan Sunnah ini? Lupakanlah sistem ini dan bergeraklah kita kepada sistem kitabullah dan sunnah Rasulullah, yakni sistem khilafah yang akan mengembalikan kehidupan yang diredhai Allah dan membawa rahmat ke seluruh alam.

sumber:jundusyabab.blogspot.com
Selanjutnya...

15 February 2010

Demokrasi Sistem yang Rosak Lagi Merosakkan


Kononnya demokrasi adalah suatu sistem yang lengkap. Walhal demokrasi adalah suatu sistem yang menjadi penghancur kepada keamanan dunia. Sejak demokrasi mula menguasai dunia, terlalu banyak kemungkaran dan kerosakan dipamerkan satu per satu.

Lebih pelik lagi, umat Islam tanpa rasa segan silu dan bersalah mengambil dan mengguna pakai sistem yang rosak ini. Kononnya pendapat jumhur (kebanyakan) ulama menyatakan demokrasi dibolehkan dalam Islam. Kenapa pendapat jumhur ulama? Adakah pendapat jumhur ulama itu mengatasi al-Quran dan as-Sunnah? Di manakah ruang di dalam al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan demokrasi itu dibolehkan dalam Islam?

Maksud firman Allah SWT:
"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" [al-Maaidah:50]

Ayat tersebut jelas menunjukkan keharaman mengambil sistem lain sebagai pengatur kehidupan manusia. Demokrasi juga tidak terlepas kerana demokrasi adalah suatu pengatur kehidupan yang rosak lagi merosakkan.

Kenapa demokrasi itu suatu sistem yang rosak lagi merosakkan? Buktinya sudah terang lagikan bersuluh. Mari kita sama-sama singkap kemungkaran dan kerosakan yang dibawa oleh sistem demokrasi kufur ini...


1.Kononnya mendengar suara rakyat
Kita tidak pernah dengar pun, apabila kerajaan ingin menaikkan harga minyak, mereka akan meminta pendapat dan persetujuan rakyat. Sistem penipu ini sentiasa menipu rakyat. Rakyat ditabur dengan gula-gula propaganda. Akhirnya gula-gula tersebut menjadi racun kepada kehidupan rakyat. Rakyat semakin tertindas dan apa yang dijanjikan hanyalah dusta semata-mata

2.Persamaan dengan Bible!
Umat Islam menyatakan kebatilan kitab Bible kerana kitab ini berubah-ubah kandungannya dan direka-reka oleh manusia. Tidak samakah Bible dengan Demokrasi? Demokrasi dipinda-pinda undang-undangnya dan sentiasa berubah! Jadi, mengapakan Demokrasi tidak batil sebagaimana kitab Bible adalah sebuah kitab yang batil?

3.Manusia='Tuhan' di Dalam Parlimen
Hukum-hukum Allah diusul, diundi, diluluskan, dan digubal. Adakah hukum-hukum Allah itu untuk diusul, diundi, diluluskan, dan digubal? Perlukah kita mendapatkan undi untuk melakukan kewajipan seperti solat? Hebat sungguh ahli parlimen. Akal yang terbatas digunakan untuk membuat hukum sendiri!

4.Kerosakan yang Semakin Tidak Terbendung
Semenjak hadirnya demokrasi di bumi Afghanistan, boneka Amerika, Hamid Karzai diberi mandat untuk memerintah. Semenjak demokrasi hadir di bumi Afghanistan, popi ditanam secara meluas, pembunuhan sangat kerap berlaku, dan siaran lucah mula diperolehi melalui satelit penjajah kufur Amerika.

5.Permusuhan Sesama Umat Islam
Kempen pilihanraya digunakan untuk memburuk-burukkan pihak lawan. Mengumpat dan mengeji menjadi rona-rona biasa dalam pilihanraya demokrasi. Belum lagi semasa hari mengundi. Penyokong pembangkang dan pemerintah saling bermusuhan, bergaduh, merusuh,dan membaling botol. Inilah minda yang dijajah oleh demokrasi.

6.Undang-undang Manusia Menjadi Rujukan!
Lihat sahaja krisis politik kufur di Perak. Apabila mereka berselisih, Undang-undang Tubuh Negeri, undang-undang itu dan ini dijadikan rujukan. Dungukah anda, wahai umat? al-Quran wajib dijadikan rujukan kita kita berselisih pendapat!

7.Perosak Fikrah Islam
Puak pro-demokrasi sentiasa menyamakan demokrasi dengan syura. Ini merupakan pendapat yang dangkal dan kolot. Langsung tidak mendasar kepada al-Quran dan as-Sunnah! Manakan sama ayat-ayat Allah dengan idea demokrasi asasan kaum musyrik?

Wahai ummat, inilah sistem yang kita guna pakai untuk mengatur kehidupan kita? Sesungguhnya demokrasi tidak mempunyai nila di sisi Allah SWT. Lihatlah bagaimana demokrasi mengatur kehidupan ummat. Hala tuju demokrasi tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membelakangi al-Quran dan as-Sunnah. Sedarlah wahai ummat!
Selanjutnya...

Ciri-ciri Thoghut Acuan Sekularism


Sekularism yang melanda sudah semestinya mengancam kehidupan umat Islam. Mereka ini menghalang Islam diterapkan dalam kehidupan. Dakwah juga tidak terkecuali daripada dihalang oleh thoghut acuan puak sekular ini.

Jika kita kembali kepada lembaran sirah junjungan mulian Rasulullah SAW dan para sahabat, dakwah mereka ini ditentang habis-habisan dari setiap penjuru oleh orang kafir. Sayang sekali, dakwah yang kita lancarkan kini ditentang oleh umat Islam sendiri.

Mari kita kenal ciri-ciri thoghut acuan sekularism ini...

1.Melemahkan Semangat Para Pendakwah
Kata-kata seperti "ada ilmu baru boleh pakai jubah dan serban" adalah contoh kata-kata sang thoghut untuk melemahkan semangat para pendakwah untuk berdakwah melalui pakaian.

2.Anti Gerakan Islam
Mana-mana gerakan Islam yang tidak sealiran dengannya akan dicop 'haram', 'illegal', dan sebagainya. Gerakan-gerakan Islam tersebut akan dicemuh, diumpat, dan dibenci. Sedangkan dakwah itu tertaklif ke atas setiap individu.

3.Berpaling daripada Dalil
Enggan mendengar dalil yang ingin disampaikan dengan mengatakan "Saya tak nak dengar dalil!". Apa yang akan dijawab di hadapan Allah kelak apabila seseorang umat Islam itu berpaling daripada dalil? Di manakah sumber hukum sang thoghut ini?

4.Tidak menerapkan Islam dalam kehidupan
Setinggi mana pun belajar usuluddin, syariah, fiqh, dan sebagainya tetapi tidak menerapkan Islam, apakah nilai ilmu itu di sisi Allah? Thoghut seperti ini bagaikan pohon rendang yang tidak berbuah. Ilmu di dada tidak diamalkan, tetapi dijadikan topeng untuk menentang usaha dakwah. Diharap, sang thoghut ini telah menyediakan jawapannya di hadapan Allah SWT terhadap apa yang dipelajari di dunia.

5.al-Quran hanya sekadar dibaca dan dilagukan
Walaupun enak mengalunkan bacaan al-Quran dengan suara yang lunak, dakwah umat Islam ditentang. Walhal, isi kandungan al-Quran yang dilagukan itu mewajibkan umat Islam berdakwah. Apakah yang bakal dijawab apabila al-Quran mendakwa sang thoghut ini?

6.Kejahatan yang Bertopengkan Agama
Melakukan kejahatan seperti mengaibkan orang, mengumpat orang, dan bermacam-macam kejahatan lain. Perbuatan ini diselindung oleh ciri-ciri keagamaannya. Ciri-ciri keagamaannya itu turut dimanipulasikan untuk menghalang dakwah orang lain. Kononnya dia sahajalah yang betul. Sebab itu dakwah orang lain disekat. Kerana dia sahaja yang betul!

7.Penyokong puak sekular
Nama pun thoghut-sekular. Sudah pasti puak sekular bernaung di hati, dan para pendakwah ditentang habis-habisan. Alangkah baiknya mereka ini menyokong para pendakwah untuk mengembalikan kehidupan Islam. Adakah puak sekular yang disokong dapat memberikan bantuan di dunia dan akhirat?

*****

Wahai umat Islam! Sesungguhnya dakwah itu adalah WAJIB bagi setiap umat Islam! Janganlah kalian patah semangat apabila dakwah kalian dihalang oleh puak thoghut-sekular ini! Binalah kekuatan untuk mengharungi liku-liku dakwah ini!

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung". [TMQ Aali 'Imran:104]

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik". [TMQ Aali 'Imran:110]

Wahai Sang Thoghut! Kembalilah ke jalan Allah dengan melancarka usaha dakwah! Janglah menghalang para pendakwah untuk berdakwah kepada Allah! Sesungguhnya kalian berada dalam kesesatan yang jauh!

"Allah-lah yang memiliki segala apa yang di langit dan di bumi. Dan kecelakaanlah bagi orang-orang kafir karena siksaan yang sangat pedih. (yaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia dari pada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh". [TMQ Ibrahim:2-3]

Wallahu a'lam
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...