Pages

27 January 2010

Boikot Barangan Israel Bukan Satu Thoriqah


Serangan demi serangan dilancarkan oleh puak Yahudi Laknatullah ke atas penduduk Palestin. Pak Arab pula menonton kejadian ini bagaikan menonton wayang sambil menikmati bertih jagung di atas kerusi empuk.


Mereka langsung tidak menghiraukan nasib umat di Palestine. Sebaliknya, yang bergegak-gempita melaungkan seruan jihad hanyalah rakyat biasa. Namun, seruan itu bagaikan mencurah air ke daun keladi.


Di serata dunia, pihak-pihak tertentu pula melaungkan slogan boikot itu dan boikot ini. Boikot demi boikot dilancarkan, namun negara haram Israel tetap berdiri utuh. Mengapa terjadi sedemikian?

Kekuatan negara haram Israel wajib dicabut dari akar umbinya. Bukan hanya mencatas daun-daun mati pada pokoknya. Perihal untuk mencabut kekuasaan negara haram Israel tidak pernah dilancarkan. Sebaliknya tindakan memboikot hanya habis di celah gigi negara haram Israel.

Adakah boikot satu jalan penyelesaian? Boikot barangan mereka bukanlah satu titik tolak untuk mencabut kekuasaan negara pengganas Israel. Sebaliknya, jihad adalah satu THORIQAH yang wajib dilancarkan bagi menghancurleburkan negara pengganas haram itu.

"Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar". [TMQ al-Furqan:25]


Boikot bukanlah satu thoriqah. Kerana itulah negara haram Israel masih berdiri utuh. Selagi boikot yang hanya sekadar terkena sipi-sipi pada negara Israel dan jihad tidak dilancarkan, selagi itulah negara haram itu akan berdiri kukuh.

Apa lagi tanggungjawabmu wahai pemerintah dan tentera? Ayuh lancarkan serangan habis-habisan bagi menggegarkan negara haram Israel demi mengembalikan kesucian tanah Palestin.

"Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan" [TMQ al-Anfaal:39]

Selanjutnya...

23 January 2010

Fenomena Drama Kita

Melihat fenomena seni drama tanah air memang mendukacitakan. Senario yang melanda mempamerkan pengarah dan penonton masih tidak mencapai kematangan berfikir dan masih di takuk lama. Saban hari, yang asyik dipertontonkan kepada masyarakat hanyalah drama cinta.

Drama cinta yang dilakonkan bukan calang-calang. Semuanya masuk universiti belaka. Masuk universiti bukan nak belajar, tapi nak menghabiskan duit mak bapak, duit hutang, dan sebagainya. Senario seperti ini bagaikan satu rantai yang tidak terputus. Selepas berakhirnya satu drama cinta murahan, muncul pula satu lagi drama cinta yang kita bagaikan sudah tahu sinopsisnya.

Apa yang dipaparkan hanyalah cinta siswa-siswa yang kemaruk cinta. Sanggup mengharungi payah jerih, onak duri, dan lautan api hanya untuk mendapat 'cinta hakiki' seorang gadis atau seorang jejaka idaman Malaya. Sinopsis ini bagaikan sudah boleh dihafal. Namun permintaan terhadap drama seperti ini meningkat walaupun sinopsisnya bagaikan 'copy & paste'. Tak habis-habis cinta cinta cinta...

Namun, di sebalik adegan 'cinta suci' mereka itu, terselit juga unsur-unsur hukum alam seperti yang sering dipaparkan di National Geographic. Kita sering tonton haiwan seperti singa jantan merebut singa betina untuk mengekalkan kemandirian spesies di saluran TV ini. Drama cinta suci di Malaysia pula memaparkan cinta tiga segi di mana dua orang lelaki merebut seorang perempuan. Macam nak sama kan dengan paparan di National Geographic?

Selain itu, drama murahan ini juga amat jarang sekali, malah seolah-olah hampir tidak mengiklankan gaya hidup sebagai masyarakat Islam walaupun yang mengarah dan melakonkan drama itu adalah umat Islam. Tengok sajalah pakaian perempuan-perempuan dalam drama kita, terbonjol segala gunung-ganang untuk tayangan percuma. Lelaki pula, aurat punya ciput pun tak nak tutup jugak. Lepas tu, tunjuk pula umat Islam bangun pagi pada matahari dah mula terbit. Tak solat subuh ke?

Inilah realiti drama kita. Drama yang diterbitkan hanya untuk hiburan semata-mata. Nilai-nilai Islam tidak diiklankan. Inilah natijah daripada sistem yang sistem yang diambil dan digunapakai daripada kaum kuffar Barat. Nak ubah keadaan kena ubah apa? Nak ubah apa lagi kalau bukan ubah sistem yang mengatur kehidupan umat? Kerana umat manusia terikat dengan undang-undang!
Selanjutnya...

22 January 2010

Tolak Politik = Tolak Sunnah!


Kegagalan masyarakat dalam membezakan politik Islam dengan politik kufur bukanlah masalah yang berada di tahap yang calang-calang. Kegagalan mereka ini dalam memahami konsep politik menyebabkan umat Islam di seluruh dunia semakin terhimpit dengan bahana kapitalis yang membelit masyarakat dunia.

Sedar ataupun tidak, golongan yang menolak politik Islam ini sudahpun menolak satu sunnah yang amat besar. Kononnya ada dalam kalangan mereka menggiatkan usaha dakwah kenabian, tetapi amat sayang sekali, politik ditolak, natijah daripada suntikan pemikiran rosak sekularism.

Apa yang dapat dilihat pada hari ini adalah ramai umat Islam hanya mendakwahi manusia untuk ke masjid dan mengamalkan amalan-amalan kerohanian sahaja. Mereka langsung sekali menolak politik yang menjadi satu kewajipan kepada setiap umat Islam.

Kononnya, dengan menyeru kepada amalan-amalan kerohanian sahaja dapat mengubah masyarakat dan mengembalikan kekuasaan umat Islam seperti dahulu kala. Ternyata pemikiran ini amat rosak kerana amalan ini amat bertentangan dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan diteladani oleh para sahabat.

Bagi mengubah kehidupan masyarakat ke arah sinar Islam, undang-undang sekular yang wujud wajib diubah kerana umat manusia terikat dengan undang-undang. Undang-undanglah yang menjadi acuan sesuatu masyarakat. Lihatlah realiti masa kini di mana hukum sekular ditetapkan. Umat mula alpa daripada mengejar redha Allah dan habuan duniawi giat dikejar.

Manakalah ahli politik pula sibuk mengenyangkan perut mereka dan kroni mereka. Slogan-slogan dilaungkan tampak baik untuk rakyat. Namun, isi slogan itu untuk perut mereka, manakala slogan hanya sekadar slogan untuk rakyat. Rakyat yang dungu pula terus mengampu kerajaan sekular ini walaupun realiti kehidupan hari ini mempamerkan kegagalan sistem yang mereka terapkan dalam kehidupan. Dalam menongkah arus kehidupan masa kini yang berbalutkan kehidupan sekular, masihkah umat tidak menyedari kepentingan politik (politik Islam) dalam kehidupan?

Bagi mengubah rona kehidupan masa kini, dengan mendakwahi manusia semata-mata bukanlah satu jawapan yang jitu. Ini adalah kerana dakwah dan politik perlu bergerak seiring seperti mana yang telah dilakarkan oleh Rasulullah SAW sebagai pedoman sepanjang zaman. Justeru, di manakah ruang bagi umat Islam untuk menolak politik dalam arus kehidupan? Menolak politik dalam arus kehidupan hamba-Nya yang beriman tidak pernah diberi ruang dan peluang oleh Rasulullah SAW. Oleh yang demikian di manakah usaha yang kononnya dikatakan mirip-mirip usaha kenabian? Jelaslah di sini, menolak politik = menolak sunnah!
Selanjutnya...

17 January 2010

Ke Mana Hala Tuju Aqidah Kita?


Tidak dapat tidak, seseorang yang beriman dengan Allah SWT terikat dengan 3 ilmu wajib iaitu ilmu Usuluddin (Aqidah), ilmu Furu'uddin (Fiqh), dan ilmu Ihsanuddin (Akhlak). Ilmu yang paling utama di antara 3 ilmu ini semestinya ilmu aqidah

Aqidah Islam wajib dipegang dengan utuh, tanpa ada keraguan terhadap rukun Iman dan rukun Islam. Apabila seseorang muslim itu menolak salah satu ataupun lebih daripada rukum iman, maka kafirlah ia. Begitu juga jika ia menolak rukun Islam. Na'udzubillah.

Namun, ke manakah hala tuju aqidah kita? Adakah setakat mengamalkan amalan-amalan seperti solat, zikir, berpuasa, dan sebagainya? Adakah setakat ini sahaja tuntutan aqidah Islam?

Sudah tentu tidak! Aqidah Islam bukan bernoktah pada amalan ritual sahaja. Aqidah Islam menuntut kita untuk menerapkan syariat Islam secara kaaffah (keseluruhan), bukan secara sebahagian sahaja. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita sibuk perbetulkan aqidah, namun hanya beberapa kelompok manusia sahaja yang memulakan titik tolak untuk merapkan Islam secara kaaffah. Sememangnya aqidah itu adalah yang paling utama. Namun, di manakah usaha kenabian kelompok yang kononnya menerapkan keyakinan aqidah?

Inilah natijah daripada penjajahan pemikiran sekular. Aqidah Islam hanya terhenti untuk amalan-amalan ritual. Adapun yang berusaha untuk mendapatkan kuasa, mereka hanya menggunakan kaedah yang ternyata kufur terhadap Allah SWT seperti demokrasi. Manakala yang memegang tampuk pemerintahan terus dengan haluan sekular.

Tuntasnya, Aqidah Islam adalah yang paling utama dalam kehidupan seseorang muslim. Numun, aqidah Islam tidak terhenti setakat amalan-amalan ritual sahaja. Aqidah Islam menyeru ke arah penerapan Islam secara kaaffah mengikut jalan kenabian. Mari peringat diri kita. Adakah sudah sempurna keyakinan kita terhadap aqidah Islam bila mana kita masih mengikut arus demokrasi kufur dan mengekor haluan sekular?
Selanjutnya...

Muhasabah Diri

1.Adakah kita menghadirkan niat secara sedar setiap kali melakukan sesuatu ketaatan?

2.Adakah kita merujuk kepada sunnah Nabi SAW sebelum memulakan sesuatu ibadah?

3.Adakah kita memuliakan syiar agam Allah dengan bersegera menyahut segala perintah-Nya?

4.Adakah kita menghormati larangan-larangan Allah dengan bersegera menghindari segala larangan-Nya itu?

5.Adakah kita telah melawan nafsu kita untuk bersegera menunaikan solat berjemaah di masjid?


6.Adakah kita telah bangun dari tidur sebelum fajar untuk bertahajjud kepada Allah dan kemudian duduk beristighfar sehingga azan subuh?

7.Adakah kita berlengah-lengah daripada mengangkat takbiratuk ihram bersama imam?

8.Adakah urusan dunia tetap memusuhi hati dan fikiran kita sewaktu solat sehingga keadaan anda sesudah menunaikannya masih sama seperti mana sebelum kita menunaikannya?

9.Adakah kita memelihara solat-solat sunat rawatib bagi setiap kali solat fardhu?

10.Adakah kita membuka rahsia kita dengan menyebut-nyebut amalan dan ketaatan kita di depan orang lain?

Muhasabah diri sendiri dan orang lain. Semoga apa yang kita peringatkan tersemat di sanubari kita untuk diamalkan, insya Allah.

Maksud firman:

oleh sebab itu berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfaat [al-A'laa:9]
Selanjutnya...

09 January 2010

Pemikiran Sekular di Sebalik Isu 'Nama Allah'


Negara digemparkan dengan 'isu nama Allah'. Ramai pihak melenting dan cemas dengan isu yang hangat ini. Justeru itu, pihak UMNO sekular tampil seola-olah untuk menjadi 'superman' untuk menyelesaikan isu ini walaupun tidak mahu menerapkan hukum-hakam Allah setelah memegang kekuasaan.

Di sebalik isu ini, adakah kita terfikir bahawa pemikiran umat Islam kini sudah terpalit dengan satu pemikiran yang amat berbahaya yakni pemikiran sekular. Di arus kehidupan kita, sudah jelas bahawa jarum-jarum sekular sudah berjaya menusuk ke dalam sanubari umat Islam.

Apabila isu nama Allah dibangkitkan, ramai yang melenting dengan mengikut emosi dan tanpa menampilkan dalil-dalil yang menyokong tindakan mereka. Tindakan masyarakat sekarang umumnya sudah mencirikan pemikiran arus sekularism. Masakan tidak, apabila isu nama Allah dibangkitkan, mereka melenting. Tetapi, apabila hukum-hakam Allah tidak diterapkan, adakah masyarakat hari ini umumnya melenting, mengadakan demonstrasi, dan sebagainya?

Sekularism memisahkan agama dengan kehidupan. Apa yang terlihat jelas dari isu ini, gaya pemikiran masyarakat sudah berjaya disekularkan oleh pihak penjajah. Apabila hukum-hakam Islam tidak diterapkan dalam kehidupan, adakah masyarakat akan berdemonstrasi dan membantah tindakan penguasa? Tetapi apabila isu nama Allah ditimbulkan, masyarakat membantah, cemas, dan berdemonstrasi untuk 'menentang kebatilan'.

Adakah Islam itu terletak pada amalan ritual sahaja? Sehinggakan apabila hukum-hakam Allah tidak diterapkan, masyarakat membisu seribu bahasa. Tetapi apabila isu-isu hangat seperti nama Allah, perobohan masjid, dan ibadah, ramai yang akan melenting tanda membantah. Jelaslah di sini, umat Islam yang sudah tercucuk jarum sekular telah mengasingkan Islam dengan kehidupan. Islam bukanlah agama ibadah khusus sahaja. Malah Islam merangkumi setiap aspek kehidupan termasuk politik, pemakaian, ekonomi, dan sebagainya.

Sesungguhnya semangat yang ada pada isu nama Allah ini perlu ada pada setiap aspek kehidupan seseorang muslim. Apabila hukum-hakam Islam tidak diterapkan, kita juga wajib memuhasabah pemimpin dan membantah tindakan mereka yang membelakangi Islam itu. Sesungguhnya pemikiran-pemikiran sekular telah merosakkan arus kehidupan umat manusia.

Wallahu a'lam.
Selanjutnya...

05 January 2010

PTPTN - "Kenapa Begitu Mudah Kacang Lupakan Kulit?"



Masakan kacang tidak melupakan kulitnya sekiranya kulitnya itu adalah kulit yang busuk. Apa yang menghairankan, kulit yang busuk itu melenting apabila kacang melupakannya. Salahkah si kacang melupakan si kulit yang semakin hari busuknya semakin tidak terbendung?

Namun, kebusukan si kulit, yakni pihak PTPTN cuba diselindung oleh pihak-pihak tertentu dengan menggunakan 'topeng agama' bagi menghalalkan sistem ekonomi pihak berhaluan kapitalis ini. 1001 tipu daya dilaksanakan oleh ulama-ulama jahat ini bagi mengaburi mata masyarakat. Ini bertujuan untuk membudayakan riba dalam kalangan masyarakat supaya masyarakat tidak lagi takut pada azab riba.

Apa yang menyedihkan, golongan ulama sepatutnya menjadi rujukan umat. Tetapi merekalah yang menjadi dalang kepada kehancuran umat. Kononnya 'caj' yang dikenakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Walhal, 'caj' tersebut ternyata riba yang membelit pelajar yang menuntut ilmu.

Pelbagai kaedah dan cara digunakan bagi menghalalkan riba di mata masyarakat. Antaranya menerbitkan satu istilah dalam bahasa arab iaitu 'Ujrah'. Istilah 'ujrah' ini tampak murni di mata masyarakat. Lihatlah betapa licik mereka menggunakan bahasa al-Quran untuk menyembunyikan kekotoran riba yang mereka telan. Kononnya ujrah meringankan beban pelajar. Walhal, ia tetap membebankan pelajar dan ia tetap riba!

Bagi golongan yang mengekor arus kapitalis ini, sudah tentu mereka mengucapkan 'tahniah!' kepada kerajaan kapitalis kita. Apakah yang mereka dapat daripada ampuan mereka ini? Ampu demi ampu, yang kenyang hanyalah perut golongan kerajaan kapitalis ini. Pelajar pula terus mengikat perut kerana duit sentiasa tidak cukup. Sudahlah tidak cukup, semasa bekerja terpaksa pula membayar riba yang mereka tak seharusnya bayar.

Tamparan hebat terus membelengu pelajar-pelajar kita. Akibat kesempitan ekonomi, mereka terpaksa mencari kerja sambilan. Nak tak nak, pelajaran terpaksa diabaikan sementara waktu. Sudah tentu pekerjaan mereka ini menjejaskan prestasi mereka.

Justeru, bilakan kulit kacang yang busuk itu akan berambus dari kehidupan masyarakat? Tak usahlah si kulit berlakon untuk menjadi pelindung kepada si kacang kerana si kulit adalah satu kulit yang busuk lagi kotor!
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...