Isu gay dan mak nyah nampaknya mendapat tempat akhir-akhir ini setelah tersebarnya suatu dakyah yang berunsurkan kebebasan bertingkahlaku. Kebebasan ini sudah tentu lahir daripada pemikiran Barat yang rosak lagi merosakkan.
Baru-baru ini, sebuah kumpulan yang memperjuangkan kebebasan bertingkahlaku menggelar diri mereka SEKSUALITI MERDEKA telah berkongsi sebuah video tentang seorang lelaki gay Melayu di laman YouTube. Video tersebut mendapat liputan meluas di facebook dan di blog-blog persendirian.
Ternyata lelaki yang bergelar jurutera itu meluahkan isi hatinya dalam video tersebut tanpa rasa segan silu. Malah, menyatakan, "saya gay, saya OK". Ternyata idea-idea kebebasan daripada falsafah Barat telah menerobos ke dalam jiwa umat Islam dan menghancurkan peradaban-peradaban manusia dengan begitu teruk sekali.
Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan segala sesuatu dengan berpasang-pasangan. Hitam dengan putih, langit dengan bumi, jantan dengan betina, lelaki dengan perempuan, dan sebagainya. Tetapi disebabkan manusia ini 'terlalu intelektual', mereka membuat peraturan sendiri mengikut akal dan nafsu masing-masing. Bahkan, haiwan yang tidak mempunyai akal pun tidak lalu untuk menjamah haiwan lain yang sejantina dengan haiwan tersebut.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana sistem sosial yang diterapkan di Malaysia adalah sistem sosial yang rosak. Apabila sistem yang rosak ini digunapakai dalam kehidupan sehari-harian, maka ramailah yang akan dicetak menjadi manusia yang rosak. Jadi, jangan terkejut sekiranya golongan intelektual sendiri yang menjadi produk-produk yang rosak ini.Apa yang lebih membimbangkan, penyakit gay ini sudah tentu tidak akan terhenti di sini sahaja. Penyakit ini sudah tentu akan disebarluaskan oleh golongan yang memperjuangkan idea-idea songsang mereka. Lihatlah, mereka bebas untuk menulis di laman web, bebas untuk menyiarkan video, dan bebas untuk menarik lebih ramai manusia untuk menyertai kumpulan bernafsu songsang ini. Kebebasan diperjuangkan, dan hukum-hakam dari al-Quran sekadar hiasan bagi mereka.
Jelas di sini, anak-anak kitalah yang menjadi mangsa yang utama dalam permasalahan ini. Ini adalah kerana, anak-anak kita bagaikan span, mereka menyerap apa sahaja yang dihidangkan di hadapan mata mereka. Tambahan pula, sistem sosial rosak yang diterapkan hari ini benar-benar mencorak kehidupan mereka ke arah menjadi manusia yang rosak.Lihatlah, hampir setiap hari kita dihidangkan dengan kes buang bayi. Tidak cukup dengan itu, ada pula kes lenyek bayi. Tidak cukup dengan itu, kita dihidangkan lagi dengan kes zina di merata-rata tempat. Belum pun habis kes-kes tersebut dibincangkan, muncul pula kes 'saya gay, saya OK'. Perkara ini jelas menunjukkan, sistem sosial yang diterapkan adalah sistem sosial yang rosak lagi merosakkan. Sistem sosial kita benar-benar menjadi kilang kebejatan akhlak!
Bukan setakat sistem sosial, malah sistem pendidikan yang diterapkan juga tidak mampu untuk mencetak generasi bertamadun. Malah, sistem pendidikan hari ini mencetak begitu ramai mat rempit, sampah masyarakat, hatta jurutera gay. Inikah yang dikatakan sistem terbaik yang dipimpin oleh pemimpin yang cekap?
Sistem hukuman sekular yang digubal menurut akal manusia turut menjadi dalang bagi permasalahan ini. Ini adalah kerana golongan bernafsu songsang ini tidak dihukum mengikut ketetapan Yang Maha Esa, tetapi mereka ini dihukum mengikut akal manusia yang terbatas. Malah, enakmen-enakmen yang dicipta boleh dipandang sebelah mata. Bayar sekian-sekian ringgit, dengan begitu mudah pesalah-pesalah melepaskan diri dan meneruskan aktiviti songsang mereka.
Walaubagaimanapun, golongan ini tidak seharusnya dicemuh dan dihina. Sepatutnya, kita memimpin mereka kembali ke pangkal jalan. Kerana mereka telah tersesat jauh daripada persimpangan yang sebenar, akibat penarapan hukum sekular.Justeru, apakah penyelesaian bagi kebejatan akhlak manusia masa kini? Tidak lain dan tidak bukan dengan menerapkan hukum-hakam Allah SWT 100%, dari A-Z. Tetapi, sayangnya, pemimpin kita masih yakin dengan ketetapan akal manusia.
Justeru, pemimpin yang rosak ini wajib ditukar supaya kelangsungan hukum syarak dapat dijalankan. Ayuh, telingkupkan sistem-sistem yang sedia ada, dan gantikan dengan SISTEM KHILAFAH!
23 December 2010
"Saya Gay, Saya OK" Lahir daripada Sistem Sosial yang Rosak lagi Merosakkan
6 Orang Cari Pasal:
- Ahmad Kamil said...
-
salam..kengkadang , bila manusia ni dh rasa yg dorang dh "pndai",byk ilmu,dan berkuasa mereka mula berani mempersoalkan hak Allah . Mereka sgka apa yg mereka ada mmpu mengatasi apa yg Allah ade
ayat Qursi:...luasnya kursi Allah meliputi langit dan bumi..
manusia sememangnye kerdil.. -
23 December 2010 20:37
- Robot | Sakti said...
-
masyarakat kita jangan bagi muka pada golongan macam ni.
Sekali Allah turun bala, semua akan terkena. -
23 December 2010 23:28
- REPUBLIKN9 said...
-
salam...
Bukan best pon jadi gay... membazir benih je, bukan bleh buat anak pon... loya :P -
23 December 2010 23:37
- tajnur said...
-
Assalamualaikum wbt
Apabila sistem Islam tidak diwujudkan, manusia boleh bercakap melampaui batas (Surah AlJin:4-5وَأَنَّهُ ۥكَانَ يَقُولُ سَفِيہُنَا عَلَى ٱللَّهِ شَطَطً۬ا (٤) وَأَنَّا ظَنَنَّآ أَن لَّن تَقُولَ ٱلۡإِنسُ وَٱلۡجِنُّ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبً۬ا Dan bahwasanya: orang yang kurang akal (bodoh) selalu mengatakan [perkataan] yang melampaui batas terhadap Allah [1], (4) dan sesungguhnya kami mengira, bahwa manusia dan jin sekali-kali tidak akan mengatakan perkataan yang dusta terhadap Allah.
Tetapi manusia boleh mendustakan dan kurang ajar dgn p`ktaan Allah sehinggalah apabila nampak Neraka Sa`ir, mereka mengiktiraf dosa2 mrk sendiri (Surah AlMulk:11فَٱعۡتَرَفُواْ بِذَنۢبِہِمۡ فَسُحۡقً۬ا لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ Mereka mengakui dosa2 mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.
Biarlah mrk dgn kata2 mrk , sesungguhnya tempoh masa pasti akan dtg menentukan nasib mrk krn Allah SWT menunggu kedtgan mrk.
Surah AlAn`aam:158قُلِ ٱنتَظِرُوٓاْ إِنَّامُنتَظِرُونَ Tunggulah olehmu sesungguhnya kamipun menunggu [pula]."
Wallahualam -
24 December 2010 10:34
- Faiz Tapit said...
-
gulingkan kerajaan! haha
-
24 December 2010 15:09
-
Anonymous said...
-
kesian sesapa yg jadi gay, jiwanya rosak dan terlepas dari kasih sayang Allah.Rugi besar kerana tak dapat menikmati keindahan makhluk tuhan yg lain bernama ISTERI.
-
19 December 2011 13:33