31 December 2010

Kita Dilalaikan dengan Sihir Piala Suzuki 2010

Pasukan bolasepak Malaysia baru sahaja menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Secara kasarnya, Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno masih panas dengan aksi-aksi lincah pasukan Malaysia dan Indonesia.

Tidak cukup dengan sembang di gerai makan, status di facebook, penulisan-penulisan di blog, dan buah mulut di surau juga menjadikan bolasepak sebagai agenda utama yang dibincangkan. Beginilah akibatnya apabila sebilangan besar umat Islam terkena sihir Piala Suzuki 2010. Sememangnya, sukan bolasepak tidaklah haram, kerana hukumnya adalah mubah. Tetapi, apa yang berlaku, umat Islam sudah tersimpang jauh daripada matlamat asal kehidupan. Buat masa ini, bolasepak pula bagaikan matlamat hidup!

Bukan setakat status di facebook, profile picture juga ditukar sebagai tanda sokongan terhadap pasukan masing-masing. Ternyata umat Islam begitu mudah disihir apabila media menggembar-gemburkan isu ini.

Selepas sebulan kemenangan ni, apa pula jadinya? Sudah tentu sudah tiba masanya untuk para penyokong melupakan kemenangan ini. Ini menunjukkan semangat yang membara kini adalah satu semangat yang terlalu rendah nilainya. Kerana semangat ini adalah semangat yang berkala, bermusim, dan mempunyai pasang-surutnya. Namun, semangat yang rendah nilai inilah yang sedang membelit umat Islam saban hari.

Berlainan pula dengan semangat aqidah yang dimiliki oleh para sahabat. Mereka sememangnya mempunyai semangat keislaman yang tinggi sehingga mereka menemui ajal mereka sama ada di pembaringan mahupun di medan jihad. Semangat mereka tidak sekali-kali bermusim, kerana semangat mereka adalah semangat yang ditarbiyah dengan idea dasar dari Ilahi. Inilah semangat yang tertinggi nilainya dan semangat yang sentiasa diredhai oleh Allah SWT.

Perkara ini dibuktikan melalui peristiwa seorang sahabat dalam satu peperangan. Di dalam peperangan ini, Ja’far bin Abi Thalib yang di amanahkan oleh Rasullah saw untuk menjadi Amirul Jihad mengepalai kaum muslimin. Beliau telah ditebas tangan kirinya yang memegang teguh panji Ar-Royah! Langsung disambut oleh tangan kanan beliau! Kemudian tangan kanannya pula dipotong tanpa belas kasihan, Ja’far bin Abi Thalib tidak mengalah, malah memeluknya dengan sisa tangan yang ada! Allahu Akbar, sahabat mulia ini akhirnya ditusuk dengan lembing dari belakang sehingga terbelah badan beliau dan syahid di medan peperangan! Rasulullah saw menganugerahkan gelaran Ja’far Al-Janahain kepada beliau, iaitu Ja’far yang mempunyai dua kepak yang kini sedang bebas berterbangan di jannatul Firdaus, Subhanallah! Inilah hasilnya setelah bermati-matian memperjuangkan panji Rasulullah saw!

Lihatlah dengan mata hati kita! Inilah semangat yang ditonjolkan oleh para sahabat. Semangat mereka tiada pasang-surut. Sebaliknya, semangat mereka terus menjulang-julang dan membara-bara bagaikan api yang sentiasa disimbah minyak. Jiwa Islam mereka tidak pernah kuncup! Malah terus mekar mewangi untuk ditauladani oleh umat-umat selepas mereka! Semangat keislaman mereka bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan semangat bolasepak yang ditonjolkan oleh umat Islam dewasa ini.

Wahai umat Islam! Adakah kalian tidak sedar bahawa kalian sudah terlalai dengan mainan sihir bolasepak ini? Bukankah saudara kalian di Palestin, Iraq, Selatan Thai, Chechnya, dan umat Islam di seantero dunia sedang memerlukan pembelaan kalian?

Apakah yang kalian akan hujahkan di hadapan Allah kelak apabila mereka menghajatkan pembelaan kalian, tetapi kalian sibuk bersorak-sorai menyokong pasukan kesayangan kalian? Adakah kemenangan pasukan kesayangan kalian akan menjadi hujah di hadapan Allah kelak? Masihkah kalian tidak sedar bahawa kalian sedang lalai akibat sihir bolasepak ini? Ayuhlah bangkit daripada kelalaian!

*****

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu" [al-Baqarah(2):120]

Maksud hadis:

"Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikuti mereka", Sahabat bertanya, 'Ya Rasulullah, adakah Yahudi dan Nasrani yang kamu maksudkan?'. Jawab Nabi: "Siapa lagi kalau bukan mereka?". [HR Muslim]

Comments
15 Comments

15 Orang Cari Pasal:

Latifah said...

memang betul pun.
sekarang ni tengah kecoh pasal website2 Malaysia yang kena hack dengan indonesia.
sungguh tak faham mereka2 ni.
kalah bola, hack website...

Perindu_Ilahi said...

setuju dengan latifah..ntah apaper je drg ni,ada ilmu xguna guna dgn betul, pegi hack website org plak bila dah kalah men bola,cam budak2..

pasal semangt yg turun naik pun ya jugak,selain isu bola ni, lihat sajalah Isu palestin,masa Mavi Marmara kene serang oleh israel, kat Fb,blog n mana2 saja sibuk menunjukkan semangat utk melawan israel namun selepas 2/3 bulan berlalunya itu itu, keadaan dah jadi mcm biasa balik..mana semangat yg dulu? dah hilang!

hilang sebab masing2 sudah tersihir dengan propaganda halus yahudi yg sentiasa ingin menyesatkan kita..

kepada yg sedar,sedar2kanlah mereka2 yg xsedar2 lagi tentang hakikat ini.

wallahu'Alam.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sesuatu isu atau btk hiburan yg melalaikan adalah psg surut mainan org munafik. Tidakkah ketika setiap kali Madinah diserang dr segenap penjuru ketika dlm suatu pertempuran, maka bangunlah beberapa hero kononnya menonjolkan diri tetapi menyembunyikan diri (Surah AlAhzab:14وَلَوۡ دُخِلَتۡ عَلَيۡہِم مِّنۡ أَقۡطَارِهَا ثُمَّ سُٮِٕلُواْ ٱلۡفِتۡنَةَ لَأَتَوۡهَا وَمَا تَلَبَّثُواْ بِہَآ إِلَّا يَسِيرً۬ا Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.
Hiburan dan isu mcm inilah yg sgt digemari dan terikut2 sehingga mrl lupa matlmat hidup mrk yg sebenarnya.Surah AlJumaah:11وَإِذَا رَأَوۡاْ تِجَـٰرَةً أَوۡ لَهۡوًا ٱنفَضُّوٓاْ إِلَيۡہَا وَتَرَكُوكَ قَآٮِٕمً۬ا‌ۚ Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah).
Setiap perkara yg melibtkan perkara seumpama ini, ramai yg terjun/berebut2 menjurus kearahnya. Surah AnNisa:91كُلَّ مَا رُدُّوٓاْ إِلَى ٱلۡفِتۡنَةِ أُرۡكِسُواْ فِيہَا‌ۚ Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Wallahualam

ASSOYFINGER67 said...

salam...terimakasih kerana mengingati sesama islam....apapun kadang2 terasa juga erblog nie pun macam kena sihir gak....fasal bila dah buat entri mulalah tertunggu2 orang nak komen ke tidak...huhu...apapun yg betul tetap betul..T/K

1 ummah said...

saatnya umat Islam berpegang teguh akn al-quran dan sunnah .. saatnya umat Islam membela saudara2nya .
sungguh smngat nasionalisme/asobiyyah ini HARAM dalm Islam . .

lalalialia said...

sy x taw la,,tp bg sy,,game ini x melalaikan pown,,wlau sdang tgok bola,,ayah sy masih boleh ke surau berjemaah,,x jd masalah,,islam itu cara hidup,,ianya indah,,x membebankan lgsg,,ade kebebasan,,tp x keterlaluan,,semua terpulng pd individu,,kalau skadar ucapan tahniah di blog dan fb,,apa slahnye??mereka dah berjuang menharumkn name negara,,bnyk lg isu sosial boley diulas atau di ingatkan,,kami x disihir pown,,x patut label sebegitu,,ini pendapat sy saje,,salam

REPUBLIK N9 said...

Salam ziarah...

good entry, kite ni kadang2 terlalu leka dengan duniawi sampai terlupa ukhrawi dan hal ehwal agama...

nak minat bola tak salah, nak minat hiburan tak salah, nak berpolitik pon tak salah... yang penting ikut tatacara agama, bukan ikot nafsu :)

eyna_chan said...

salam

mmg sy akui..sihir bola sepak ni btul2 trjadi kt sy
sy ni bkn jnis yg suke tgok bola. tp aritu tah cmna sy leh sangkut
tgok smpai abes plak tu..huhu

moga2 sihir ni pegi jauh dr sy... ~_~"

SoutulMujahid said...

memang sukan bolasepak ni x haram. mmg ada yg x tggal solat berjamaah. tp masalahnye, kita dah terlalu fokus ttg bola ni

mcm mana dgn palestin, pakistan, chechnya, dan lain2? apa kita nak jawab depan ALlah nnti?

apapun, mmg x dapat dinafikan, safee sali mmg hebat. khairul fahmi mmg cekap

tp itu x bermakna kita perlu terlalu fokus pd kejayaan harimau malaya

Malex said...

oh! memang benar! t'lalu bnyk website citer psl bnde nie

Anonymous said...

assalamu alaikum sahabat,terima kasih atas peringatannya..semoga Rahmat allah senantiasa bersamamu,buat saudara yang ada disini..yang mungkin menyebut aksi hack tersebut adalah unjuk kekecewaan karena kekalahan..saya pribadi cuma ingin meluruskan..aksi hack tersebut pada dasarnya tidak ada hubungan dengan permainan bola,tapi lebih ditujukan kepada mereka yang telah melakukan penghinaan pada saat indonesia berkunjung kebukit jalil,semua damai..sebelum salah seorang supporter melakukan ini..untuk lebih jelasnya mungkin ini bisa memperjelas..
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs005.snc6/165515_188693547810934_100000108708821_762567_387709_n.jpg

satu yang selalu ingin saya sampaikan buat sahabat di malaysia,tak semua orang indonesia itu jahat,semua tergantung individu,dan pola pikirnya..begitupun sebaliknya dimalaysia..tak semua orang disana dimata kami baik..pasti ada yang jahat..sekali lagi semua tergantung manusianya..tinggal bagaimana kita menyikapinya ,wassalam..

woot-woot said...

bukan semua pasal bola salah..pandai2 control lah

kalau setakat letak gmbar rimau dekat fb,salah ke?

saya letak jugak,tp saya solat

saya letak jugak,tp tak berzina pon

saya letak jugak,tp x de la saya lalai abehs dengan bola

saya borak2 juga pasal piala suzuki,tapi x de la saya lupe pasal saudara islam

sekurangnya saya menyokong negara sendiri,bukan salah,asalkan x langgar batasan agama..cukup

kalau nak ikot bnde2 yg melalaikan,blogging pon same jugak

sihir jugak

jgn kate anda x suke bile orang komen..anda tggu2kan orang komen..anda nak traffic ,anda suka bile ramai orang datang

same je..anda pon disihir

tp x taw la kot2 anda x suke kan

tp kenape anda pon bw..hoho..sudah terkena sihirkah?

SoutulMujahid said...

aik? kenapa saudara kaitkan dgn blogging saya plak? sy menulis semata2 nak sebarkan pemikiran. sy BW supaya fikiran ini disebarkan. dan YA, mmg sy tunggu komen2 drpd pembaca, kerana sy nak tau respond ummat terhadap penulisan saya, dan sy nak nilai pemikiran ummat semasa

sokong negara sendiri itu baik? fikirkan semula. negara malaysia ni siapa yg berikan kemerdekaan? bukankah penjajah kufur?

adakah kita masih tidak sedar, kita dipecah2kan kpd negara2 kecil? dahulunya kita hanya ada SATU NEGARA, iaitu NEGARA KHILAFAH.

byk2 negara menyebabkan kita lemah

woot-woot said...

haha,tak selesa gune saya.kaget.

camnilah..ko ingat aku skong malaysia sebab aku betol2 sokong?

ko ingat aku ni tali barut kerajaan?

haha ko silap..aku lah orang yang paling banyak kritik kerajaan

tp aku sedar jugak,sebab ALlah bagi aku rezeki,melalui pintu masok ni,iaitu malaysia..

ko cakap tak suke malaysia,tapi ko hari2 duk kat mesia..

ko ingat aku sokong ke pembentukan negara2 ni? tapi nak buat macam mana,everything was set up..

u r not the flow,u r following the flow

so sesuaikan diri dengan flow

kalo ko tak suke mesia kenape ko duduk sini lagi?

ko suke jadi hipokrit kah?

aku cume tak suke sistem kepimpinan malaysia,itu aje

dalam x suke pon,aku bersyukur,sebab melalui malaysia ni,aku dapat ibadat dengan aman..

ko pon syukur jugak dapat duk mesia kan? abes tu tak kan tak nak sokong langsung? ouh ok lupe ko takde nafsu bola

susah bercakap dengan orang takde minat terhadap sesuatu tapi cuba nak auta dengan cara sendiri

islam pon ade ajar,berjasa kepada mereka yang sediakan tempat untuk kite mencari rezeki

ouh gua tak taw la kot2 parent ko keje overc,ko pon keje overc..sume dari overc..so ko x yah la sokong mesia LANGSUNG

ko kan tak suke negara..haha..sian ko nak duk mane pon tataw

sory gua kasar..haha..ade gua kesah?

SoutulMujahid said...

sape plak kata aku x bsyukur duduk kat malaysia? ni dah masuk topik pbincangan lain.

ni soal kesatuan umat Islam, bukan soal mencari rezeki. mencari rezeki itu wajib walaupun kita berada di negara kufur.

ye, aku memang minat bola. aku tulis ni sebab nak ingatkan saudara2 seaqidah aku dan diri sendiri jugak. kita terlalu leka dgn bola sampai isu palestin pun ada yg lupa.

mintak bincang kat sini benda yg berkaitan. soal mencari rezeki dan soal kesatuan umat Islam adalah perbincangan yg amat berbeza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...