Pages

29 December 2010

Hakikat Surau dan Kanak-kanak

Semalam, surau berhampiran dengan rumah aku adakan tahlil ringkas dan doa selamat sempena Hari Asyura, walaupun sebenarnya Hari Asyura telah berlalu berhari-hari yang lepas.

Sebelum majlis tahlil dan doa selamat, ada satu kuliah tafsir al-Quran. Selepas selesai majlis tahlil, doa selamat, dan solat isyak berjamaah, kami semua dihidangkan dengan juadah istimewa yang disediakan oleh golongan AJK Muslimat surau ni.

Keluar sahaja dari dewan solat, aku tengok berduyun-duyun budak-budak beratur nak ambil nasi dan lauk-pauk. Pelik... Tadi masa kuliah maghrib, majlis tahlil, dan solat isyak, takde pulak mereka ni. Bila masa makan, merekalah orang pertama yang memenuhi saf-saf makanan.

Bila tengok kerenah budak-budak yang tahu nak makan je ni, aku mula teringat peristiwa sewaktu aku berada dalam umur mereka sekarang ni. Pergi surau bukan betul-betul nak solat berjamaah. Tapi ada agenda lain yang dirancang dengan kawan-kawan. Antara aktiviti kami masa kat surau dulu adalah...


1. Main kejar-kejar dalam surau
2. Bergusti dalam surau akibat pengaruh WWF (World Wresting Federation). Waktu tu dipanggil WWF. Sekarang, WWE (World Wrestling Entertainment).
3. Kejar rakaat imam, konon-kononnya kita solat berjamaah dengan imam.
4. Lepas bergusti dan main kejar-kejar, beri salam bersama-sama imam agar pakcik-pakcik yang solat berjamaah tu tak tahu siapa yang main dalam surau tadi.
5. Pergi surau sebab nak makan.
6. Main baling-baling belon yang berisi air. Belon tu beli kat kedai berhampiran sebelum solat. Dan guna air surau untuk melancarkan 'perang' terhadap kawan-kawan.
7. Konon-konon gi surau. Pada hal gi cyber cafe, main Quake dan Counter Strike. Orang balik dari surau, kita pun ikut sama.
8. Gi surau sebab nak tukar sticker Dragon Ball dengan kawan-kawan.
9. Konon-konon gi surau. Pakai kopiah, pakai songkok. Tapi bila orang solat, kita main bola tengah-tengah malam.
10. Gi surau, tapi main air kat surau (T.T)

Apabila ada segelintir budak-budak yang melakukan aktiviti seperti di atas, mungkin di antara kita akan ada yang berkata, "Alah... Biasalah tu... Budak-budak...". Tetapi, adakah keadaan seperti di atas yang kita mahu sekiranya budak-budak datang ke surau?

Ternyata, sistem sekular yang diterapkan hari ini tidak melahirkan kanak-kanak yang diasuh untuk berfikir. Sebaliknya, kanak-kanak diasuh secara tidak langsung untuk asyik bermain tidak mengira tempat.

Keadaan hari ini jauh sekali dengan keadaan yang dilalui oleh Saidina Ali r.a., di mana beliau merupakan seorang pemikir walaupun dalam usia yang muda. Beliau juga merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam, hasil pemikirannya yang cemerlang.

Begitu juga Imam asy-Syafie. Beliau telah menyampaikan ceramah sewaktu usianya baru menjengah 9 tahun.

Jadi, fikir-fikirkanlah... Adakah sistem yang digunapakai masa kini mampu untuk mencetak generasi muda yang taat akan perintah Allah dan Rasul-Nya?
Comments
2 Comments

2 comments:

SoutulMujahid said...

menunggu komen daripada TAJNUR :)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apabila ilmu telah digenggam oleh ulama`jahat, seburuk manusia dikulit langit akan menyebabkan sistem sesuatu pemerintahan menjadi pincang dgn melahirkan rakyat yg pendek akal w/pun umur sudah lanjut. Mrk yg mengaku beragama Islam dari kecil sehinggalah yg besar, tak tahu nak buat apa malah tenggelam dalam kebodohan. Tgk sajalah sekeliling kita dlm keadaan skrg apabila dtgnya sesuatu fitnah(kekufurn) dlm btk ekonomi, hiburan, penemuan2 baru dan ideologi baru ramai yg berebut2 utk mendapatkannya. Bukan tidak ada ulama yg mahu menerangkannya ttp dihalang oleh ulama jahat yg duduk di setiap simpang siur, memantau penceramah2, tulisan2 dan mana2 website yg brlawanan dgn dasarnya. Manalah tak lahir sistem rakyatnya cetek akal. Surah Al`Araaf:86وَلَا تَقۡعُدُواْ بِڪُلِّ صِرَٲطٍ۬ تُوعِدُونَ وَتَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِهِۦ وَتَبۡغُونَهَا عِوَجً۬ا‌ۚ Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang, dengan menakut-nakutkan dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong. Wallahualam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...