Pages

20 December 2010

Ayah Pin & al-Ma'unah


Beberapa tahun lalu, kes Ayah Pin dan al-Ma'unah pernah mendapat tempat di media-media tanah air. Menurut media tersebut, kedua-dua di antara mereka ini melakukan kesalahan.

Kesalahan mereka berbeza. Maka, tindakan ke atas mereka juga berbeza. Sememangnye berbeza kerana kesalahan yang berbeza, dan berbeza juga dari tindakan asal yang sewajibnya dikenakan ke atas mereka kerana penguasa hari ini menggunakan akal manusia dalam penerapan undang-undang.

Ayah Pin terkenal dengan kesesatannya. Walaupun mukanya tidak sejambu Justin Bieber, tukang penyesat manusia ini mempunyai jumlah pengikut yang sangat besar. Pengikutnya bukan terdiri daripada calang-calang orang. Antara pengikut Ayah Pin adalah ahli korporat dan profesional. Sebab itulah kumpulan sesat ini berjaya membina markaz mereka yang menelan kos jutaan ringgit. Walaupun mereka bukan terdiri daripada calang-calang orang, mereka mungkin boleh ditempatkan dalam kalangan 'jalang-jalang orang' kerana memhambakan diri mereka kepada makhluk hina yang sesat itu.

Berlainan pula dengan kes kumpulan al-Ma'unah. Menurut media, mereka ini mengambil senjata daripada Kementerian Pertahanan secara haram. Maka, pihak kerajaan sekular Malaysia berusaha dengan gigih siang dan malam untuk memburu mereka. Masakan tidak, sewaktu itu, pihak kerajaan sekular Malaysia panas bontot kerana terdapat kumpulan bersenjata yang boleh menggugat kedudukan menteri-menteri di kerusi empuk mereka.

Melihat pengaruh gerakan sesat Ayah Pin semakin meluas, seluruh umat Islam di tanah air berasa amat risau kerana iman mereka boleh disentap bila-bila masa sahaja sekiranya mereka terpengaruh dengan ajaran sesat Ayah Pin. Video seorang sami hindu meminum air basuh kaki Ayah Pin tersebar dengan begitu luas. Turut menjadi mangsa kesesatan Ayah Pin adalah seorang ustazah yang murtad daripada agama Allah.

Manakala kumpulan al-Ma'unah pula adalah umat Islam yang menunaikan solat. Walaupun begitu, adalah haram untuk sesebuah jemaah atau kumpulan untuk mengangkat senjata. Disebabkan mereka ini mengangkat senjata, pihak kerajaan sekular sedaya-upaya memburu mereka. Setelah pihak kerajaan berjaya menangkap mereka, pemimpin tertinggi al-Ma'unah maut di tali gantung. Sebelum mereka maut di tali gantung, mereka sempat mengukir senyuman di bibir.

Berbalik kepada Ayah Pin. Meskipun sudah bertahun-tahun lelaki tua kerepot sesat ini menyebarkan dakyah sesat, lelaki ini masih belum diberkas. Jabatan Agama Islam Terengganu pula kononnya tidak boleh menangkap Ayah Pin kerana lelaki sesat ini mengaku telah keluar dari agama Islam. Maka, menangkap Ayah Pin adalah di luar bidang kuasa Jabatan Agama Islam Terengganu, kerana mereka tidak boleh menangkap orang kafir!

Sehingga sekarang, Ayah Pin masih bebas berkeliaran di muka bumi ini tanpa segan silu. Perkara ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku ke atas kumpulan al-Ma'unah. Bukanlah ingin menyokong al-Ma'unah. Tetapi sekadar untuk menunjukkan perbezaan yang ketara, bagaikan langit dengan bumi. Ayah Pin bebas berkeliaran, manakala kumpulan al-Ma'unah yang bersembunyi di dalam hutan belantara pun diburu habis-habisan sehingga mereka maut di tali gantung dan ada juga yang dipenjara seumur hidup.

Sudah tentu perbezaan ini berlaku kerana hukum yang diterapkan oleh kerajaan sekular hari ini adalah mengikut akal manusia yang terbatas yang sentiasa melahirkan perselisihan dan perlanggaran. Kumpulan al-Ma'unah diperangi habis-habisan kerana mereka boleh menggugat perut dan kedudukan menteri-menteri dan kroni-kroni mereka di singgahsana duniawi ini.

Manakala Ayah Pin, tidak sedikit pun menggoyah kedudukan mereka di kerusi empuk mereka. Sebaliknya, Ayah Pin 'hanya' menggoyah keimanan seorang muslim. Malah, bukan sahaja seorang muslim, seorang sami Hindu juga goyah pendiriannya tatkala menatap wajah Ayah Pin yang hodoh itu dan mendengar ajaran-ajaran sesatnya. Lantas meminum air basuh kakinya yang penuh dengan bakteria-bakteria berbahaya.

Lihatlah, apabila iman masyarakat muslim itu digoyahkan, apa yang penguasa kita lakukan? Paling tidakpun, melancarkan operasi menggempur markaz busuk Ayah Pin dengan merobohkan markaz gerakan sesat itu. Dalam masa yang sama, Ayah Pin tetap bebas berkeliaran dan boleh menyalak untuk menyebarkan ajaran songsangnya secara rahsia.

Tetapi, sekiranya ada jemaah yang menggoyah kedudukan menteri-menteri dan kroni-kroni mereka di singgahsana mereka, sudah pasti kerajaan akan panas bontot dan segera memerangi mereka dalam apa jua sekalipun, termasuk membunuh, seperti yang kita lihat di peristiwa Memali.

Justeru, realiti kes ini sudah dapat dilihat dengan jelas. Apabila iman masyarakat itu boleh direntap, pihak kerajaan hanya memandang isu dengan dengan acuh tak acuh. Sedangkan, imanlah yang menjadi panduan bagi kehidupan seseorang manusia. Jelas di sini, kerajaan kita memerintah mengikut hawa nafsu mereka, bukan iman mereka. Kerana itulah mereka tidak mengambil kisah tentang keimanan yang sedang diancam oleh mana-mana pihak.
Comments
12 Comments

12 comments:

eyna_chan said...

nice artikel

pnh tgok rncgn History psl kumpulan al-Maunah. niat mreka hnyelah mengemblengkan puak2 sekular tp dgn cara keganasan shingga sggup mmbunuh bbrapa org tebusan. sgt sedih mlihatkan prjuangan mreka yg slh wpon mreka tetap solat dn brpuasa sunat.

psl ayah pin ni dia x d tgkp lg sbb dia ade "kepentingan politk". biase lah tu..wallahualam..

SoutulMujahid said...

haram bg jemaah atau individu utk mengangkat senjata. jemaah hanya boleh memuhasabah sahaja.

sygnya.. mereka ni golongan yg menunaikan solat.. apapun, yg haram tetap haram...

ayah pin plak.. sampai skang bebas BERKELIARAN!!! TV1 siap boleh interview lagi!!!

tukang baca said...

em betol. bila akidah kita digugat, mcm2 alasan yg depa kluaqkan..

tp x boleh blah la... siap ada justin bieber lg. haha

Anonymous said...

Assalamu'alaikum. Bg ana, kerajaan sekular Malaysia kan sesat? Ayah Pin pun sesat kan?

Jadi, mana ble org sesat tangkap org sesat. Sebab dorg sesat ni eaqidah sesat.

Org sesat cuma tangkap org benar.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semua manusia tak kira mrk Islam atau kafi perlukan Tuhan krn mrk mempunyai sifat tauhid Uluhiyyah (Surah Luqman:25 Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah". Dlm masalah mencari Tuhan inilah ramai mrk yg telah sesat. Hal ini berlaku dizaman Nabi Musa sehinggalah ke akhir zaman apabila Samiri telah mengambil kesempatan menyesatkan manusia ketika manusia dahaga dan segera utk mencari `siapakah Tuhan` mrk. Dah tentulah Samiri ni menggunakan sunah Rasul yg sedikit lalu ditempa brg perhiasan menjadi `anak lembu`.Apa yg mrk puja, benda itulah yg meresapi dlm jiwa manusia sehingga menjadi fanatik (Surah AlBaqarah:93قَالُواْ سَمِعۡنَا وَعَصَيۡنَا وَأُشۡرِبُواْ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلۡعِجۡلَ بِڪُفۡرِهِمۡ‌ۚ قُلۡ بِئۡسَمَا يَأۡمُرُڪُم بِهِ Mereka menjawab: "Kami mendengarkan tetapi tidak menta’ati". Dan telah diresapkan ke dalam hati mereka itu [kecintaan menyembah] anak sapi karena kekafirannya. Katakanlah: "Amat jahat perbuatan yg diperintahkan imanmu kepadamu.
Perjuangan perlu berhati2, sabar, tahan gangguan manusia, jgn minta disegerakan kerana sistem itu Allah yg beri asalkan mengikut kaedah Rasulullah saw. Wallahualam

SoutulMujahid said...

eyna: al-ma'unah adalah golongan sekular? baru 1st time dgr info ni..

tukang baca: inilah hasil drpd sistem sekular. mereka bertindak mengikut nafsu mereka utk mempertahankan kedudukan mereka

anon: haha.. betul2! analogi yg sgt tepat!

tajnur: mereka memuaskan gharizah at-tadayyun dgn cara yg salah. sygnya, Islam dah lengkap dan sempurna, tp mereka masih mencari yg batil. ini adalah kerana sistem penerapan hukum yg sempurna..

tajnur, terima kasih kerana selalu turunkan komen di sini :)

respond anda amat3 dihargai. alhamdulillah

muhammad naim said...

Gerakan Al-Mau'nah telah dikenakan ISA. Sebahagian besar ahli mereka sudah insaf

Ayah Pin masih bebas. dok kerajaan langit..kot

HASRUL NIZAM said...

ayah pin bakal angkasawan negara lepas ni, nak balik kampung kat langit katanyer he3

Tinta.Muallimah said...

Ayahpin bukan dkrjaan langit tapi skrg di krjaan batu Caves tukar nama kpd Ayappan !!

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Maaf kalau saya mencelah sekali lagi. Gerakan AlMaunah sebenarnya lebih kpd perencanaan politik utk menjatuhkan sesuatu kumpulan, pengkhianatan, ketaatan tanpa pengrtahuan, pemangsaan dan kejahilan (ikut2 tnpa tujuan). Saya lebih fokus kpd `pemangsaan` atau dlm AlQuran disebut sebagai mustadh`afiin`. Tidak ada istilah bahawa org2 yg mengikut tanpa ilmu ini terlepas dari siksaan Allah dan dosa itu ditanggung oleh pemimpinnya. Kedua2nya sama2 masuk dlm nerakan. Ikutilah dialog dlm Surah Ibrahim:21-22:Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? Mereka menjawab: Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, samada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu). (21) Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Wallahualam

SoutulMujahid said...

xpe.. nak mencelah banyak mana pun tak kisah...

ya tajnur.. ana tgk enta/ti ni banyak komen kat blog ana. tp blog nta/ti xde post pon

teringin gak nak baca. dari segi komen, nampak gaya org berilmu :)

gOnZaLeS said...

apelah yg ayah pin guna.. dah la x berketerampilan langsung...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...