Pages

23 November 2010

Teori Konspirasi dan Kedunguan Segelintir Umat Islam



Sejak umat Islam sedar tentang kewujudan gerakan Freemason global, telah muncul suatu teori yang berkisar tentang hal ini, yang lebih dikenali sebagai 'Teori Konspirasi. Kebanyakannya, teori ini membincangkan tentang Zionisme, Freemason/Illuminati, dan Israel.

Teori ini merebak dan terus merebak, baik di facebook ataupun di blog. Ini menunjukkan teori ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Perkara ini seoalah-olah menjadi agenda utama umat Islam masa kini, dan agenda utama umat Islam, iaitu menegakkan semula Daulah Khilafah bagai diabaikan seketika.

Memang tidak salah untuk membincangkan perkara ini dan umat Islam wajib menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama. Tetapi, umat Islam bagaikan sudah menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkara ini, di mana fakta tentang teori-teori yang dikemukakan adalah belum tentu sahih. Dan secara kasarnya, teori konspirasi ini lebih sensasi berbanding Daulah Khilafah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya[An-Nisa’:59]

Sehubungan dengan itu, disebabkan ketaksuban terhadap teori konspirasi, rancangan animasi Upin & Ipin juga tidak terlepas daripada 'dikonspirasikan'. Alahai... Kasihannya Upin & Ipin. Hanya disebabkan oleh huruf 'U' (Upin), huruf 'U' tersebut ditafsirkan sebagai 'USA' dan 'I' (Ipin) sebagai Israel. Walhal, satu bukti sahihpun tidak dapat dikemukakan bagi membuktikan kebenaran konspirasi ini. Lebih menyedihkan, bukti sahih belu lagi dikemukakan, masyarakat sudah sibuk menyebarluaskan berita ini di blog dan facebook.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. [al-Hujurat:6]



Bukan itu sahaja, ketaksuban segelintir masyarakat kita hari ini menyebabkan iPhone 4G juga terbabit sama. Ada yang menyatakan, "'i' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada 'Israel'.4G pula bermaksud 'god, gold, glory and girl'. Alahai, betapa tandusnya ilmu segelintir masyarakat hari ini! Inilah kerja bodoh segelintir umat Islam. Sudahlah ketinggalan jauh dalam bidang teknologi, kemudian sibuk mereka-reka kenyataan karut tentang teori konspirasi.

Kualiti pemikiran umat Islam hari ini begitu jauh sekali jika dibandingkan sewaktu Islam memerintah dunia dengan Khilafah. Umat Islam pada zaman Kekhilafahan bukan sahaja pakar dalam bidang keagamaan, mereka juga pakar dalam bidang fizik, astronomi, kimia, perubatan, dan lain-lain. Lihatlah umat Islam hari ini, sibuk membincangkan teori konspirasi, sehingga mereka lupa perkara yang lebih utama.

Wahai ummat Islam, bangkitlah dari mimpi yang enak diulit mimpi. Masalah ummat masih belum selesai, mengapa kita sibuk membincangkan perkara-perkara yang kurang keutamaannya? Umat Islam di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Selatan Thai, dan di serata dunia ditindas, adakah kita wajar melebihkan perbincangan tentang teori konspirasi yang belum tentu sahih faktanya?
Comments
9 Comments

9 comments:

muhammad naim said...

percaya x The Arrival pon ciptaan mereka?

dulu aku ckup percaya,. lepas 2. x percaya dah.

sekarang wabak ini dah merebak! bukan sahaja iluvislam(dulu) . tetapi halaqah.net pun dah kena.

SoutulMujahid said...

mereka tu siapa?

Anonymous said...

saya bukanlah berilmu tinggi. tp mmg btul orang zaman sekarang lebih suka mereka-reka dari memperbaiki.
td pn br lepas tengok vdio justin bieber yang didakwa sbg pemimpin muda illuminati. x masuk akal! dengan menterbalik kan lagu dan mereka ayat disebalik sebutan yang kebetulan sama (ada yang x sama langsung pn)sungguh memalukan!

eyna_chan said...

salam

btul ke the arrival tu x betol?
pnt je donlod sume episod..huhu
tp..mcm betul pn ade..sbb vdeo tu mcm mnyedarkn kite je.

~_~'

Tinta.Muallimah said...

Freemason ? Ulamak telah lama menolaknya. Pendita kristian mazhab katholik juga mengharamkannya. Kerana ia bertujuan mendirikan Haikal sulaiman (kononnya) untuk didirikan atas runtuhan Al Aqsa. Sejarah ia di Msia bermula 1916. Ada pemimpin amno yg ditaja oleh freemason untuk jwtan penting negara pada 1980an.Freemason berselindung dgn aktiviti2 kemanusiaan. Jgn tertipu.! Benar isu ummah hari ini ialah menegakkan sistem khilafah semula. Islam will dominate the world. janji Allah itu benar !!

SoutulMujahid said...

sebenarnya saya bukan nak fokus pd agenda freemason tu.

tapi pemikiran yg sedang menerjah umat Islam. sikit2 teori konspirasi.. mcm dah xde benda lain nak dikaji.

mesticun said...

bab video The arrival tu.
dalam video tu ada yang betul.
dan ada juga yang tak betul.

ada pemilik blog dakwa ia adalah
pemilik puak Syiah.itu saya tak tahu la.

pasal orang yahudi ni memang
suka putar belit.sekejap dia kata
video arrival tu tak betul.sekejap kata betul.

# # Siswi terlampau Jaja gambar bogel !# #

SoutulMujahid said...

x salah nak kaji bab ni. tp umat Islam skang makin lalai plak dgn isu ni. apa plak penyelesaiannya??? kaji2, tp penyelesaiannya xde pun

light 0F happiness said...

betul, daripada fokus dgn teori freemason yg x tau tntg kebenarannya.. baik kita fokus dgn matlamat kita. bagaimana dgn tanggungjawab kita menegakkan khilafah islam?? bukankah itu lebih baik untk kita ambil peduli?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...