Pages

03 November 2010

Kesalahan-kesalahan dalam Solat yang Tidak Kita Sedari

Post kali ni, mari kita bincang bab solat pula. Sebenarnya post ni adalah berdasarkan hajat seorang pelawat blog ni, yang menamakan dirinya 'saya'. Sekian lama bertangguh akibat ketandusan ilham dan kecetekan ilmu, alhamdulillah saat ni Allah SWT izinkan saya untuk bertinta walaupun ilmu ni hanyalah secebis, malah mungkin kurang daripada secebis.

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:

"Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak." [HR Thobrani]

Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah...

1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri

2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).

3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.

4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz "subhanallah". Maksud hadis:

"Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya." Sahabat bertanya, "Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?"
"Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya" [HR Ahmad]

5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. 7 anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

"Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari)." [Muttafaqun 'Alaih]

6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.

7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu'alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut "asalaamu'alaikum", "salaamu'alaikum", menukar huruf kepada, hurufkepada, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.

8. Tangan berayun-ayun semasa i'tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i'tidal, yang macam buayan tu.

9. Tidak berhenti seketika, yakni i'tidal selepas rukuk.

10. Dada berpaling dari kiblat

*****

Kalau ada yang nak tambah, silakan. Sebab saya sendiri pun cetek ilmu. Jika ada sebarang kesilapan, mohon betulkan ye. Selamat Beramal!
Comments
16 Comments

16 comments:

SDS said...

terima kasih kerana sudi berkongsi...mgkn rmi lg x tahu kesalahan2 yg kita buat dlm solat...

muslimah soleha said...

Salam...

Alhamdulillah atas perkongsian ni..
Moga kita tidak terlepas pandang memperbaiki solat kita..Mudah-mudahan dapat hakikat solat yg khusyuk, inshaALLah
syukran^^

Adib said...

Ana nak betulkan sikit artikel ni. Jika kita menyebut "Assalaamu'alaikum..." tiba2 terkentut, solat dikira sah.

SoutulMujahid said...

adib: nta nak tambah ke betulkan?

nta boleh jelaskan dgn lebih lanjut x? ana kurang jelas

tq kerana komen :)

Adib said...

Lihat nombor 7.

"menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ,"

Jika menukar huruf ﺡ kepada ﻫ, takkan batal solat, sebab lafaz "Assalaamu'alaikum..." tentu sudah cukup untuk solat jadi sah.

SoutulMujahid said...

lafaz salam tu wajib. wajib sebagaimana al-fatihah sebab lafaz salam adalah RUKUN QAULI

jadi, menukar huruf adalah LAHAN JALI. lahan jali boleh membatalkan solat. lahan khafi yg x membatalkan solat

maka, tertukar huruf walaupun 1 huruf, boleh membatalkan solat kerana ia adalah rukun qauli

Adib said...

Betul, ana setuju lafaz "Assalaamu'alaikum" adalah waajib.

Tetapi adakah "...warahmatullaah" dikira sebagai waajib?

Contoh, jika silap lafaz bacaan surah lazim, adakah ia dikira batal solat?

SoutulMujahid said...

surah lazim, x batal sebab bukan rukun

warahmatullah x dikira rukun? emm.. ana x tau plak

boleh bg penjelasan? :)

Adib said...

Terjemahan dari kitab himpunan hadith2 hukum, bertajuk "Nailul Authar"

43: Bab: Orang yang menganggap cukup dengan satu salam

1033. Dari Hisyam, dari Qatadah, dari Zurarah bin Aufa, dari Sa'ad bin Hisyam, dari 'Aisyah, ia berkata: Adalah Rasulullah saw, apabila witir dengan sembilan raka'at, tidak pernah duduk kecuali pada raka'at ke delapan, lalu ia memuji Allah dan mengingat-Nya serta berdo'a, kemudian bagkit tetapi tidak salam, kemudian melanjutkan raka'atnya yang kesembilan, kemudian duduk, lalu memuji Allah dan berdo'a, kemudian beri salam satu kali yang ia perdengarkan kepada kami. Kemudian ia shalat dua raka'at sambil duduk. Setelah ia tua dan lemah, ia witir dengan tujuh raka'at, tidak duduk kecuali pada raka'at keenam, kemudian bangkit dan tidak beri salam, lalu ia shalat yang ketujuh, kemudian beri salam dengan satu salam, kemudian shalat dua raka'at sambil duduk. (HR Ahmad dan Nasai).

1034. Dan dalam satu riwayat bagi Ahmad, tentang kisah ini dikatakan: ... Kemudian ia beri salam satu kali, yaitu "ASSALAAMU'ALAIKUM" dengan suara yang keras, sehinnga membangunkan kami.

1035. Dan Dari Ibnu 'Umar, ia berkata: Adalah Rasulullah saw memisahkan antara shalatnya yang genap dan yang ganjil itu dengan satu salam, yang ia perdengarkan kepada kami. (HR Ahmad)

Penjelasan:
Syarih berkata: Hadits-hadits ini dijadikan alasan orang-orang yang mengatakan diperintah satu kali salam.

Imam Tirmidzi mengatakan: Satu kaum dari shahabat-shahabat Nabi, Tabi'in dan lain-lain memandang cukup satu kali salam dalam shalat wajib.

Tetapi ia pun berkata: Bahwa riwayat-riwayat yang lebih sah dari Nabi ialah dua kali salam. Dan inilah yang dilakukan oleh kebanyakan para shahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in.

NiaNurani said...

alhamdulillah..perkongsian yg bagus! mngkin rmai yg menanggap benda ni xpenting..mudah-mudahan solat kita diterima olehNya..

ChiKeDees said...

kadang2 kita lalai..terima kasih berkongsi ilmu..

SoutulMujahid said...

sama2.. sila share kalau bermanfaat

farasy said...

Klu tak boleh bengkok kaki, tp mampu berdiri, boleh ke solat bersiri terus smpi ber slm. Masa rukuk dan sujud, tunduk...

SoutulMujahid said...

tulisan2 arab tu dah tunggang-terbalik. nanti aku betolkan =.='

#ciksuzlin said...

Ilmu berguna. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...