Pages

27 November 2010

Berunding dengan Israel Bagaikan Berunding Tentang Kehalalan Darah Manusia


Bukan baru-baru ini sahaja Israel dan Palestin membuat rundingan damai. Tetapi, rundingan damai ini sudah dijalankan sejak puluhan tahun dahulu. Semuanya gara-gara pihak kufur Amerika Syarikat yang menganjurkannya untuk menunjukkan sifat 'budiman' dan 'prihatin' terhadap isu Palestin. Namun, realitinya, semua rundingan tersebut menemui kegagalan.

Setiap kali rundingan dijalankan, masyarakat dunia sudah boleh mengagak, bahawa rundingan ini akan gagal. Bukan itu sahaja, setiap kali gencatan senjata dijalankan, pihak Zionis pasti akan memungkiri gencatan senjata ini. Perkara ini saling tak tumpah seperti dalam kes Perjanjian Hudaibiyah, di mana umat Islam dan kaum kafir musyrikin Mekah berjanji untuk melakukan gencatan senjata selama 10 tahun. Namun, tak sampai 10 tahun, kaum kafir musyrikin ini melanggar perjanjian.

Sirah Nabi SAW dan para sahabat telahpun tertulis. Namun, pemimpin muslimin pada hari ini tetap tidak mahu mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Sebaliknya, menuruti apa sahaja arahan kuasa kufur Amerika. Berunding dengan Zionis bagaikan berunding tentang kehalalan darah manusia!

Rundingan demi rundingan, tiada satu pun penyelesaian mengikut hukum syarak dicapai. Malah, tanah jajahan haram Israel semakin meluas, dan semakin ramai umat manusia khususnya umat Islam Palestin dibunuh dengan kejam. Rumah-rumah mereka dirobohkan dan periuk nasi mereka dilicinkan sesuka hati mereka.

Melihat peristiwa halalnya darah umat Islam, pemimpin-pemimpin umat Islam hanya mampu mengutuk dan menyelar tindakan keji Israel. PBB pula mengutuk Israel di media. Tetapi, pada hakikatnya, PBB-lah yang menjadi dalang kepada tertegaknya negara haram Israel. Inilah suatu kejadian pahit yang terpaksa ditelan oleh umat Islam!

Masakan tidak, pemimpin-pemimpin umat Islam hanya tahu berunding sahaja. Paling tidak pun, mereka membeli pesawat dan jentera perang yang canggih, namun kelengkapan perang tersebut hanyalah digunakan semasa petunjukan dan hanya untuk di'parking'.

Jelaslah di sini, kaum Zionis yang terang-terang membenci Islam tidak boleh dibawa berunding lagi. Sebaliknya, jihadlah yang menjadi 'juru runding' bagi mereka ini. Insya Allah, jihadlah yang akan berunding dengan mereka supaya mereka segera masuk ke dalam kubur.
Comments
0 Comments

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...