Pages

07 October 2010

Kesalahan-kesalahan Tajwid dalam al-Fatihah


Di ruang yang terbatas ni, aku nak kongsi sikit ilmu aku yang tak seberapa ni tentang bacaan al-Fatihah. Aku ni taklah pandai mana. Cuma aku nak kongsi ilmu yang aku ada ni. Takde gunanya aku simpan-simpan ilmu yang sikit ni.

Berikut merupakan beberapa kesalahan dalam bacaan surah al-Fatihah yang mungkin kita terlepas pandang. Bacaan al-Fatihah amat penting kerana ia adalah rukun. Sekiranya tersilap baca walaupun satu huruf, ia boleh membatalkan solat kita.

Kalau ada sesiapa yang nak tambah dan betulkan, silakan ye... :) . Namun, nak ingatkan di sini, blog bukanlah tempat yang sesuai untuk belajar al-Quran. Blog hanyalah sekadar bahan bacaan. Untuk mempelajari al-Quran, berjumpalah dengan guru al-Quran, insya Allah...



1. Sebutan huruf berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."

2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf pada kalimah ini adalah berbaris bawah.

3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".

4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"

5. Sebutan huruf tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.

6. Huruf digantikan dengan huruf

7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."

8. Sabdu pada huruf ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"

9. Huruf ditukar menjadi huruf

10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".

11. Sebutan huruf tidak jelas.

12. Kesalahan sama seperti nombor 10.

13. Huruf ditukar menjadi huruf

14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.

15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".

16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.

17. Huruf ditukar menjadi huruf

18. Huruf ditukar menjadi huruf . Apabila huruf berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.

19. Menukar huruf kepada huruf . Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.

20. Huruf dulu, baru huruf . Ramai yang membunyikan, kemudian. Ada juga membunyikan , kemudian . Tak kurang juga ada yang membunyikan kemudian

21. Huruf ditukar menjadi huruf

22. Huruf berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".

23. Hurufdisebut dengan qalqalah.

24. Huruf tidak ditebalkan sebutannya.

25. Huruf ditukar menjadi huruf ﺃ

26. Huruf tidak disabdukan.

27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

Wallahu a'lam...
Comments
26 Comments

26 comments:

warna said...

astaqfirullah.. biar betul ni?? Banyaknya perkara yang saya tak tahu. Bukankah selama ini kita diajar menyebut 'b' (dlm bismillah) -- kedengaran? :(

SoutulMujahid said...

ada yg bila dia sebut 'bismillah', huruf Ba' tu x kedengaran. dengarnya mcm ni "ismbillah".

bukan semua org buat kesalahan mcm ni. ini cuma pembetulan je ke atas apa yg saya dengar selama ni

bisikan hati said...

minggu depan pun kena present hukum2 tajwid bagi surah as-sajadah..
owhh..blaja dalam kos yang bukan agama agak sukar mahu istiqamah dalam benda2 sebegini..tapi ALHAMDULILLAH..kesedaran itu masih ada..btw,ur entry soo nice..dapat ilmu lagi..syukran..

Yani said...

tQ for sharing!! =)

NiaNurani said...

alhamdulillah..prkongsian ilmu yg brmanfaat..^^syukron!

zali said...

salam,

Adakah sah solat sekiranya kita membaca 2 harkat ayat no 26 dan 27?
contoh kita baca dhoolliin berbanding dhoooooolliiiiiin.

ada yang cakap boleh baca 2, 4 atau 6 harkat.

SoutulMujahid said...

sah solat kerana x mengubah maksud ayat. itu hanya kesalahan kecil atau istilahnya 'lahan khofi'.

mad lazim wajib 6 harakat.

yg boleh baca 2/4/6 tu mad 'aridh lissukun

zali said...

terima kasih penjelasan di atas.

bagaimana pula dengan sebutan akhir ayat no.2,4,5 dan 6. adakah sah jika kita gunakan 2 harkat di dalam solat?

contoh:

'alamIIn, yaumiddIIn, nasta'IIn, mustaqIIm.

adakah hukum tajwid ayat tersebut juga 2/4/6

SoutulMujahid said...

sah. sama je mcm apa yg ana tulis dalam kesalahan no. 5.

nta kena pahamkan konsep mad 'aridh lissukun

cuba nta tanya guru2 agama ttg mad 'aridh lissukun

zali said...

terima kasih lagi tuan,

sebenarnya kawasan tempat tinggal saya sukar untuk mencari sumber2 rujukan yang fasih. sebab itulah soalan-soalan yang saya kemukakan agak ringan bagi sesetengah orang. Insyallah sekiranya saya dapat berjumpa dengan guru agama yang fasih dengan quran, saya akan belajar. saya rasa bersyukur dapat jumpa blog ini. Harap tuan dapat kekalkan blog ini untuk rujukan orang-orang seperti saya.

SoutulMujahid said...

sebenarnye ni sekadar nak bg tau je. kat blog bukan satu jalan yg tepat utk belajar al-Quran. tp alhamdulillah sekurang2nya boleh tingkatkan kesedaran.

saudara duduk di mana? kenapa susah cari guru agama?

zali said...

salam,
aku dok pedalaman sabah,
sblm ni aku ada tanya sorang guru agama fasal "waladdhoolliin" di atas.

dia cakap boleh baca 4 atau 6 harkat. tapi rupanya mad lazim wajib 6 harkat.

zali said...

salam,
ni ada pertanyaan lagi:

berkenaan ayat ke 7 (shiroothol...waladdhoooooolliiiiiin):

1. wajib baca dengan satu nafas tak?
2. kalau tak wajib di mana tempat berhenti untuk ambil nafas?

SoutulMujahid said...

mad wajib ada dua jenis. pertama, 'mad wajib musaqqal kalimi'. yg kedua, 'mad wajib mukhaffaf kalimi'. kedua2nya wajib dibaca 6 harakat

1. boleh baca 1 nafas kalau saudara mampu. x wajib hukumnya. boleh pilih nak baca 1 ayat tu utk 1 nafas atau boleh berhenti

2. kalau nak berhenti, berhenti kat "ghairil maghdhuu bi'alaihim". lepas tu, nak sambung, ambik balik "ghairil maghdhuu bi'alaihim waladhoooooolliin".

jelas?

zali said...

ok..dah jelas..
terima kasih

زهرة حلوة said...

Bismillah.
syukran ya..menarik.
byk rupenya yg kte terlps pndg..
mga Allah trima amalan kita slama ni yg mna yg kita ta tahu..
jazakallah..truskn brkgsi ya!

An-Nur Furqan said...

salam...syukron atas perkongsian..mohon copy..

SoutulMujahid said...

insya Allah. silakan copy...

Nazirul said...

Salam.. saya ambil ini dan berkongsi di blog saya yea??

Jemputlah ke blog sy..
http://nazz-ace.blogspot.com/

terima kasih..:)

SoutulMujahid said...

insya Allah.. silakan copy. tiada hakcipta

habsahharun said...

terima kasih krn share..

maer wan said...

As-salamualaik.

Bro, thanks untuk artikel nih.

Aku rasa, ada satu lagi kesalahan yg org selalu buat, dan aku rasa nih kira besar jugak sebab tukar huruf. kesalahan tuh dekat lepas #18. Ada je yg baca "mustaqim" tuh jadi "mustaqin"..!

abdilah said...

bagaimana jika ' bismillah hir roh ma "nir" ro him di baca "nur" rohim dan sod, siro tol lazi di baca sura ia itu di sod di baca domah

SoutulMujahid said...

bergantung kpd qiraat. sy x belajar qiraat. kalau ikut qiraat kita (hafs 'an asim), dah salah dah tu. itu dikategorikan sbg lahan jali (kesalahan besar)

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Sy nak tanya psal no 14, betul ke hukum isymam kat situ?
Sy ade blaja tajwid sikit2, setahu sy hukum isymam hanya ada satu je, dalm Surah Yusuf ayat 11, yg ade tanda diamond tu.

TQ

SoutulMujahid said...

surah yusuf ayat 11 tu memang isymam sebab ada tanda diamond tu

dan 1 lagi isymam adalah tempat yang kita waqafkan tu berbaris depan. cuba tanya guru2 tajwid. susah nak terangkan kat dalam blog. kat akademi al-quran, pernah perasan ada sorang peserta muncungkan bibirnya apabila mewaqafkan kalimah yg huruf terakhirnya berbaris depan

wallahu a'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...