Pages

23 September 2010

Ujub Zaman Moden



Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud hairan akan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riyak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia. Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekah lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan teknologi di zaman moden ini berkembang dengan pesat. Perasaan ujub ini juga mengalir mengikut aliran arus semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan teknologi. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub zaman moden...

1. Blog dan Followers
Rasa diri kita hebat apabila ramai followers. Ribuan atau ratusan followers menyebabkan kita rasa diri kita hebat. Tak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya followers. Tapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan followers atau seronok kerana melihat JUMLAH yang banyak?

2. Like di Facebook
Post status kat wall. Lepas tu ramai pula yang 'like'. Bila dah ramai yang like, mulalah rasa diri tu hebat dan rasa syok sekejap. Awas! Tak salah nak rasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa hairan akan diri sendiri

3. Komen di Facebook
Mungkin juga kita akan rasa ujub apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada post kita di facebook. Bila ramai sangat, mungkin bibit-bitit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook
Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tak kurang juga yang puji. Bila dah banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan syok pada pujian tu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.

6. Ramanya Kawan atau Peminat di Facebook
Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa ujub. Ramai rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan. Apa lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Facebook

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil, kerana tidak merapu, sedangkan yang lain banyak yang merapu. Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berasa hairan akan diri sendiri. Awas, wahai da'ie!





Jadi, awaslah! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Amin...
Comments
11 Comments

11 comments:

NiaNurani said...

salam perjuangan sahabat,

kdg2 kita sendiri tak dpt nk kenalpasti keujuban kita..mohonlah padaNya supaya kita dijauhkan drpd sifat tercela itu..amin..

menulislah.kerana.Allah!:)

SoutulMujahid said...

ya betul. moga kita dilindungi sentiasa. amin... penyakit hati ni mmg betul2 tersembunyi

blog walker said...

alhamdulillah. terima kasih atas perkongsian. izinkan saya utk copy artikel ni...

SoutulMujahid said...

insya Allah. silakan salin semula. xde hakcipta pun. nak edarkan banyak2 pun boleh

|| A r a W a n i || said...

Salam..
rupanya, dalam dunia maya ni..
senang sgt nak rasa ujub..
Astaghfirullah..

Al - Mu'allim said...

Salam akhi.
Pengisian yang baik.
Sebenarnya syaitan itu sangat licik dan luas pengalamannya serta kreatif.

Ujub sebenarnya adalah penyakit hati. Tiada siapa yang nampak. Kadangkalaia ditimbulkan oleh syaitan untuk mengelakkan kita melakukannya.

Cth :Syaitan larang kita berdoa lama2, namun gagal kerana kita ttp berdoa lama. Lalu ditimbulkn rasa ujub dihati kita untuk mengelak kita dari melakukannya. Itulah syaitan, sahabat.

Apa yang boleh kita lakukan, istighfarlah byk2. Itu lebih baik dari kita meninggalkan terus kebaikan itu yang sudah pasti merupakan kejayaan syaitan. Wallahu 'alam.

matadore said...

suka :)

SoutulMujahid said...

silakan copy artikel2 dlm blog ni. TIADA HAKCIPTA DALAM ISLAM

Iffah said...

Alhamdulillah . Setuju dan menyetujui . Hanya sebilangan kecil sahaja yang melakukan ibadah dengan ikhlas . Point terakhir adalah kegemaran saya . Izin share .

Jazakallah .

Makbonda said...

Setiap penyakit ada ubatnya. Artikal ini adalah antara ubat penyakit Makbonda. Jazakallah,

gumuruhsspj said...

allah....!


iye2, syukron jazilan.
ana pun tgh blajar lagi ne...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...