Pages

22 September 2010

Pembohongan Sang Kapitalis Dalam Membasmi Kemiskinan Dunia

Para perompak dunia, sang kapitalis sekali lagi menabur janji-janji palsu dalam rangka untuk menampakkan mereka ini pemimpin sesuci debu. Terbaru, Setiausaha Agung PBB, Ban-Ki Moon berikrar akan mengumpulka pemimpin-pemimpin negara bagi mencapai matlamat PBB untuk membantu penduduk termiskin dunia menjelang 2015.

Mereka juga kononnya akan menyelesaikan masalah dunia seperti kemiskinan, kejahilan, dan ketidaksamaan. Selepas melakukan kemusnahan di muka bumi, terutamanya di negara umat Islam, janji ini pula yang ditabur oleh golongan perompak dunia ini.

Di sebalik krisis ekonomi dunia yang melanda, mereka masih lagi ingin mengungkap janji-janji manis untuk masyarakat dunia. Walhal, krisis ekonomi dunia adalah natijah daripada sistem ekonomi kapitalis itu sendiri. Sayangnya, masih ramai pemimpin kaum muslimin yang berpegang teguh dengan sistem ini dan berpaling daripada sistem ekonomi Islam, lalu berharap sistem ini dapat menjadi asbab kepada penyelesaian krisis ekonomi dunia.

Janji terus ditabur oleh PBB, kononnya merekalah badan dunia yang bertindak saksama. Walhal, mereka amat berat sebelah dan hanya mementingkan isi perut mereka sahaja. Kempen ini kononnya bermatlamat ingin mengatasi masalah ketidaksamaan. Namun, bumi Palestin telahpun mengalami ketidaksamaan sejak berpuluh-puluh tahun lagi.

Kononnya mereka menjanjikan kejahilan akan dibasmi. Walhal, merekalah yang mengawal sistem pendidikan di dunia mengikut acuan mereka. Ilmu pengetahuan disorok dengan akta hakcipta dan pengiktirafan universiti juga dikawal oleh sang kapitalis ini. Sebagai contoh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tidak diiktiraf oleh masyarakat Barat kerana tertera nama 'Islam' pada universiti ini. Beginikah sang kapitalis PBB membasmi kejahilan?

Sekiranya mereka benar-benar mahu membasmi kemiskinan dunia, sudah pasti mereka akan melakukannya pada saat ini dan tidak perlu menunggu hingga ke 2015. Tidak cukupkah kekuatan dan kewangan yang ada pada PBB untuk melakukan anjakan perubahan pada dunia? Kesengsaraan tetap akan membadai kehidupan masyarakat selagi kapitalis PBB mencatur sistem kehidupan. Hanya Super Power Khilafah Islamiyah sahaja akan melenyapkan percaturan PBB ini.
Comments
0 Comments

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...