Pages

04 July 2010

Nikmat Apabila Islam Diterapkan 100%

Perkara ini bukan main-main. Tapi ini adalah suatu kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT Yang Maha Bijaksana. Hukum-hakam Islam wajib diterapkan 100%, bukan separuh-separuh.

Maksud firman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [al-Baqarah:208]

Justeru, bagi menerapkan Islam 100%, tidak lain dan tidak bukan, hanya Daulah Khilafah-lah yang menerapkan Islam 100%. Tiada negara lain yang menerapkan Islam 100%. Kalau ada, negara apa? Arab Saudi? Mesir? Malaysia? Indonesia? Negara-negara ini hanyalah negara umat Islam, bukan negara Islam. Negara-negara yang berhukum dengan hukum kafir!

Nikmatnya...
Mari kita imbau sejarah lampau, di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Beliau merupakan seorang khalifah yang adil dan warak. Asbab Islam diterapkan 100%, Allah SWT telah memberikan kekayaan yang melimpah ruah sehinggakan tiada individu yang layak menerima zakat pada ketika itu. Subhanallah...

Pendidikan percuma, perubatan percuma, air percuma, tiada tol, tiada cukai yang tidak syar'ie menunjukkan Islam itu adil terhadap umat Islam dan orang kafir. Bukan itu sahaja, Baitul Mal pada waktu itu juga bersedia membantu umat Islam yang tidak mampu untuk berkahwin!

Bukan itu sahaja, umat Islam tidak dibebani dengan hutang keliling pinggang. Baitul Mal bersedia untuk membantu umat Islam yang berada dalam kesempitan wang. Masakan tidak, sang khalifah wajib menjaga kebajikan rakyatnya.

Para pendakwah juga bebas melakukan kerja-kerja dakwah apabila Islam diterapkan 100%. Ini adalah kerana dakwah merupakan satu kewajipan setiap umat Islam, dan Daulah Khilafah haram untuk menghalang umat Islam daripada berdakwah.

Maksud firman:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [Aali 'Imran:104]

Realiti Hari Ini...
Namun, situasi yang amat berbeza berlaku pada zaman ini di mana umat Islam dihalang untuk berdakwah. Umat Islam bukan sahaja dihalang oleh orang kafir, malah dihalang oleh umat Islam yang berhaluan sekular!

Sistem ekonomi kapitalis diterapkan membawa padah kepada umat manusia. Masyarakat tersepit dengan hutang riba yang sah di sisi undang-undang negara sekular. Bermacam-macam cukai dikenakan bagi mengenyangkan perut sang kapitalis.

Hak-hak rakyat turut dirompak bagi kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka. Syarikat-syarikat yang bertanggungjawab dalam pengurusan hak umat diswastakan bagi memperoleh keuntungan berlipat ganda. Sesungguhnya kerajaan kapitalis adalah kerajaan perompak, bukan pembela nasib rakyat!

Maksud hadis:

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]


“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah]


Kos berjuta-juta! Adakah mustahil?
Adakah mustahil bagi Daulah Khilafah untuk menanggung semua kos tersebut? Dari segi pemikiran yang mempunyai maklumat tidak lengkap, pasti kos-kos tersebut tidak logik untuk ditanggung oleh Daulah Khilafah kerana ia menelan kos berjuta-juta ringgit.

Adakah kita lupa, Islam pernah menguasai 2/3 dunia suatu ketika dulu? Pada masa itu jugalah kemudahan-kemudahan seperti internet, bullet train, telefon bimbit, 3G, kapal terbang, dan sebagainya masih belum wujud. Namun, Allah tetap mengizinkan perkara ini berlaku. Tidak lain tidak bukan, ia adalah kerana apabila hukum-hakam Allah itu diterapkan 100%, segala urusan umat akan berjalan dengan lancar kerana hukum-hakam tersebut adalah daripada Yang Maha Bijaksana.
Comments
1 Comments

1 comment:

mumumeow said...

Islam itu syumul...tapi bila manusia xmo ikut, huru hara jadinya...

syukran very much ats article ni...byk info mnarik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...