86 tahun yang lalu,kaum muslimin ditimpa malapetaka yang sangat besar. Saat itu, generasi Khilafah dan generasi-generasi berikutnya ditimpa dengan satu kejahatan yang boleh disebut sebagai induk segala kejahatan. Kejahatan tersebut adalah kehancuran Khilafah Islamiyah . Lantaran itu lenyap sudahlah Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW dari takhta kekuasaan dan sebagai sumber hukum bagi umat Islam.Kaum kuffar terus memantapkan dominasinya ke atas umat Islam di seluruh aspek kehidupan, dengan cara bersekongkol dengan penguasa-penguasa pengkhianat dari kaum muslimin yang telah menjual agama, bangsa, serta kekayaan negerinya dengan harga amat murah.
Sejak kejatuhan Negara Khilafah, kaum muslimin terus hidup dalam kucar-kacir kerana sistem daripada Maha Pencipta tidak diterapkan. Musuh-musuh kaum muslimin telah menyeksa dan menganiaya kaum muslimin dengan penyeksaan yang sangat menghinakan. Kekejaman musuh-musuh Islam terus berlanjutan ke saat ini. Bukan itu sahaja, kaum muslimin juga hidup dalam bermusuhan, berselisihan, dan bercerai-berai.
Kaum kuffar, terutamanya yang dipimpin oleh AS, Rusia, Inggeris, dan Perancis terus menghina kaum muslimin, merompak minyak dan kekayaan alam, merampas hak-hak umat Islam, dan mengharu-birukan negeri-negeri umat Islam.
Di saat umat Islam dihina, penguasa-penguasa daripada kalangan umat Islam terus membisu seribu bahasa. Inilah natijah daripada semangat nasionalism yang diterapkan dalam kehidupan. Lihatlah, umat Islam dicerai-beraikan menjadi negara-negara kecil!
Justeru, menjadi kewajipan kepada kita untuk menegakkan kembali Khilafah Islamiyah yang telah 86 tahun dihancurkan oleh kaum kuffar. Ayuhlah kita sambut seruan Khilafah yang sedang bergema di seluruh penjuru dunia!