Pages

29 December 2009

Aduhai Lelaki! Apa nak Jadi?

Sungguh memalukan. Itu ungkapan yang mampu diucapkan. Sebagai seorang lelaki Islam, rasa malu, geram, dan marah apabila berita-berita sumbang terpampang di dada-dada akhbar saban hari. Kebanyakannya melibatkan kaum lelaki.

Di manakah hilangnya kemuliaan seseorang lelaki itu? Kudrat yang dipinjamkan oleh Allah SWT disalahguna bagi tujuan menzalimi orang lain yang hakikatnya menzalimi diri sendiri juga.

Inilah bahana dunia kapitalism. Islam tidak diterapkan dalam arus kehidupan dan masyarakat mengalami kemunduran berfikir. Dari segi kedurjanaan lelaki masa kini, sudah terpampang kejayaan pendokong-pendokong kapitalism. Lihatlah, kaum Adam tidak lagi menjalankan tanggungjawabnya, sebaliknya menjadi lelaki sampah yang menyusahkan masyarakat, terutamanya kaum wanita.

Lihat lelaki mutakhir ini. Sudah malas untuk melangkahkan kaki ke rumah Allah walaupun tiada kecacatan pada tubuh badan. Apa yang menghairankan, main bola di tengah-tengah padang, berlari ke hulu ke hilir tidak menjadi masalah pula.

Banyak sudah tersiar di majalah-majalah dan akhbar-akhbar tentang kedurjaan kaum lelaki dalam mengemudi rumah tangga. Isteri ditinggal, isteri dipukul, dan anak-anak diabaikan menjadi rona kehidupan yang sebati dalam alam rumah tangga.

Bahana dunia kapitalis ternyata menggagalkan umat. Ekoran desakan hidup akibat belitan sistem ekonomi kapitalis, lelaki-lelaki durjanalah yang menjadi peragut saban hari. Kudrat yang dipinjamkan tidak digunakan untuk mencari rezeki halal, sebaliknya menggunakan kezaliman dengan menjadikan meragut sebagai kerjaya hidup. Lazimnya, wanita yang menjadi mangsa lelaki-lelaki bangsat ini.

Perasaan yang bercampur baur hadir apabila membaca rencana-rencana yang berkisar tentang kebinatangan lelaki terhadap kaum wanita. Kaum wanita ibarat objek pemuas nafsu bagi lelaki-lelaki binatang ini. Dengan memperdaya dan menggunakan kekuatan fizikal yang ada, tubuh wanita diratah dengan kejam. Kisah-kisah seperti ini sudah tidak asing lagi bagi kita. Apa yang mampu hanyalah menggeleng kepala dan mengetap bibir. Kaum wanita sering dirogol bergilir-gilir tanpa belas kasihan. Sesudah dirogol, mengandung pula. Lebih zalim lagi, ada yang dibunuh dengan kejam setelah nafsu selesai delempiaskan. Semoga Allah SWT menghina mereka dengan sehina-hinanya.

Lelaki oh lelaki. Tebalnya muka dengan adanya lelaki-lelaki sampah acuan dunia kapitalism hari ini. Di manakah lelaki-lelaki yang dimuliakan oleh Allah SWT seperti Rasulullah SAW, para sahabat, ulama-ulama, wali-wali, dan penjihad-penjihad dahulu yang bermati-matian menjulang tinggi agama Allah?

Lelaki oh lelaki. Kaum Hawa bukan pemuas nafsumu. Kehadiran Islam membawa sinar kebahagiaan kepada kaum wanita yang menutup kegelapan zaman jahiliyyah. Sesungguhnya Allah SWT telah memuliakan mereka dengan Islam. Sesungguhnya kedurjanaanmu mengheretmu ke daerah kehinaan jahiliyyah.


*****


Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. [an-Nisa`:1]
Selanjutnya...

27 December 2009

Kenali Tokoh-tokoh Pengkhianat Islam

Mari kita kenali tokoh-tokoh pemimpin yang memegang kuasa lalu mengkhianati umat Islam seluruh dunia. Sesungguhnya, tiada kemuliaan bagi kekuasaan mereka di sisi Allah. Apa yang terpalit hanyalah kehinaan di sisi Allah SWT kerana tidak menerapkan Islam secara kaaffah dengan kuasa yang ada. Bahkan, kuasa yang dimiliki dilihat hanyalah mengkhianati umat Islam demi mengenyangkan perut sendiri dan merealisasikan aspirasi puak kuffar.

Semoga apa yang Allah SWT pertontonkan kepada kita, dapat kita ambil pengajaran. Semoga kita beringat dengan peringatan-peringatan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi tokoh yang berjuang fi sabilillah kerana Allah.



Mustafa Kemal Ataturk


Pada awalnya, si pengkhianat ini bekerja dengan kerajaan Turki Uthmaniyah sebagai seorang tentera.

Inilah pengkhianat Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah. Inilah bayaran yang diberikan kepada pihak British supaya si pengkhianat dapat menjadi presiden Turki yang pertama.

Si pengkhianat ini mati dalam keadaan yang amat menghinakan dengan ditimpakan dengan bermacam-macam penyakit. Inilah penghinaan Allah SWT terhadap orang yang menjadi titik punca kemungkaran terbesar, yakni penghancuran Negara Khilafah



















































Mahmoud Abbas


Inilah pemimpin yang menaungi semangat asobiyyah di Palestin. Di kala umat Islam dibunuh di Palestin, pemimpin Parti Fatah ini memisahkan penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Walhal, mereka semua adalah bersaudara dengan berpegang dengan tunjang aqidah Islam.

Selain itu, sampah ini turut bersekongkol dengan pihak Israel Laknatullah bagi mendapatkan sokongan dan kuasa.

Sungguh hina pemimpin seperti ini di sisi Allah SWT. Sanggup bersekongkol dengan tentera syaitan laknatullah berbanding bersatu bersama-sama pemimpin-pemimpin Islam lain yang berjihad menghancurkan negara haram Israel.

































































Hosni Mubarak

Rela melihat masyarakat Palestin kebuluran dan terseksa sewaktu tentera Israel melancarkan serangan demi serangan. Pintu sepadan Palestin-Mesir ditutup supaya pelarian Palestin tidak dapat memasuki negara Mesir.

Lihatlah wahai umat! Pemimpin bangsat ini rela melihat saudara mereka mati demi menjaga perut sendiri dan perut-perut busuk yahudi laknatullah!

Hosni Mubarak juga merupakan salah seorang pemimpin bodoh yang tidak mencotohi pemerintahan Nabi Yusuf a.s walaupun mentadbir di negara yang sama.





























Raja-raja Arab


Raja Arab Saudi yang pertama merupakan Raja Abdul Aziz atau dikenali dengan panggilan Ibnu Saud. Mendapat mandat daripada Britain pada tahun 1932 kerana telah bersekongkol dengan musuh-musuh Allah ini.

Tidak kira sebanyak manapun reformasi pemerintahan Arab Saudi, mereka tetap bersekongkol dengan kaum kafir harbi yang terang-terangan memerangi kaum muslimin di seluruh dunia.

Tiada apa-apa perubahan positif yang dilakukan oleh raja-raja berjubah besar lagi labuh yang gilakan kuasa ini. Bukan sahaja tiada perubahan positif, malah umat Islam semakin hari semakin ditindas dek kerjasama yang wujud antara raja-raja gila kuasa ini dengan para kafir harbi.







































































Selanjutnya...

Auto Wudu

Teknologi merupakan satu keperluan hidup zaman ini. Tanpa berkembangnya teknologi, masyarakat akan ketinggalan jauh ke belakang.

Islam tidak menghalang umatnya untuk meraih teknologi selagi mana tidak melalaikan dan tidak bercanggah dengan aqidah Islam. Bahkan, sewaktu zaman keemasan Islam dahulu yakni pada zaman Khilafah 'Abbasiyah, teknologi berkembang dengan amat pesat sehingga masyarakat Barat ketinggalan 100 tahun ke belakang. Inilah natijah daripada penerapan Islam secara kaaffah.

Justeru, mari kita singkap cebisan teknologi yang wujud di muka bumi ini demi kemajuan umat Islam sejagat






Antara ciri-ciri Auto Wudu ini adalah:

* Suatu gajet yang bersih
* Tiada percikan air
* Mengelakkan kesesakan di dalam bilik wudhuk
* Menggunakan Stainless Steel
* Mesra pengguna
* Penyelenggaraan yang rendah
* Mudah untuk dipasang

Wallahu a'lam
Selanjutnya...

500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia: Buat Lawak atau Apa?

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'. Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'. The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009. Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang. “500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal. (Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia) Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal. Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”. Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali. Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya. Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia. Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

sumber: Harakahdaily.net


500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia: Buat Lawak atau Apa?

Agak melucukan apabila tertera nama-nama di atas sebagai '500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia'. Mungkin ada beberapa individu yang benar-benar layak diberi gelaran 'berpengaruh'. Namun kebanyakannya hanya dilihat sebagai pengabur mata masyarakat muslim hari ini.

Adakah dengan gelaran seperti ini mampu mengubah dunia Islam yang kian dilanda kemelut? Di saat masyarakat Palestin ditindas, masih ada pihak mahu menyanjung 'pemimpin-pemimpin buta' ini. Tidaklah menjadi kesalahan menggelarkan pemimpin-pemimpin ini dengan gelaran yang baik. Tapi adakah gelaran ini mencirikan sifat sebenar pemimpin-pemimpin ini?

Umat Islam tidak memerlukan pemimpin yang diampu seperti ini. Gelaran kerap diberi, namun apakah yang mereka lakukan untuk kesejahteraan umat Islam? Apa yang mereka lakukan bukannya untuk umat Islam, tetapi mengikut telunjuk Barat. Media hari ini menjadi lidah bagi merealisasikan aspirasi Barat. Justeru, kenyataan seperti ini mampu mengaburkan umat sekiranya kita tidak berfikir panjang.

Di saat umat Islam dilanda pelbagai kemelut dan penindasan, di manakah pengaruh mereka ini? Adakah buku ini hanya menyatakan omongan kosong semata-mata? Jika benar mereka berpengaruh, mengapa mereka tidak menggunakan pengaruh mereka itu untuk menyatukan umat Islam di bawah satu pemimpin dan satu negara? Tapi sayang, hanya perkara sebaliknya berlaku saban hari. Umat Islam terus ditindas dan 'pengaruh' mereka itu hanyalah pada pandangan dunia yang hina dina ini sahaja.

Wahai pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh Allah SWT, gunakanlah pengaruhmu untuk menyatukan umat Islam di bawah panji Islam. Gunakanlah pengaruhmu itu untuk menerapkan Islam dalam kehidupan secara kaaffah! Gunakanlah pengaruhmu itu untuk menegakkan Khilafah Islamiyah! Sesungguhnya Khilafah Islamiyah itu adalah satu kewajipan yang terang lagi nyata!
Selanjutnya...

11 December 2009

Drama dan Filem Hantu: Satu Kemunduran Umat

Drama dan filem hantu semakin mendapat tempat di hati masyarakat masa kini. Pejam celik, pejam celik, kewujudan drama dan filem hantu bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Drama dan filem hantu saling bersilih ganti. Terhangat, hantu-hantu turut dipublisitikan oleh manusia menerusi Muzium Negara. Ini menunjukkan hantu semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Suatu ketika dulu, kita dikhabarkan dengan Jin Ifrit yang mengekori Rasulullah SAW semasa peristiwa Mi'raj. Kini, kita dikhabarkan dengan Jin Notty pula.

Sedar ataupun tidak, situasi yang sedang melanda ini merupakan satu malapetaka kepada umat Islam. Masakan tidak, persoalan berkaitan hantu digembar-gemburkan secara meluas, kebesaran Allah SWT langsung tidak diendahkan.

Lebih menyedihkan, kewujudan drama dan filem hantu masa kini membuka satu lembaran baru dalam umat Islam. Satu episod syirik telah terwujud akibat kemunculan hiburan murahan ini. Makhluk Allah tidak lagi takutkan Maha Pencipta, sebaliknya makhluk Maha Pencipta ini takutkan makhluk! Anak-anak kecil juga sudah dididik untuk takutkan hantu. Mengapa oh mengapa anak-anak tidak berdosa ini dinodai dengan pemikiran kotor seperti ini? Sayang sekali pemikiran bersih mereka dimomokkan seperti ini dan mewujudkan satu kesinambungan yang amat buruk sekali apabila mereka menjengah ke alam dewasa.



Bukan itu sahaja, akhir-akhir ini, wujud pula persaingan untuk menonjolkan siapa yang terbaik dalam hiburan sampah ini. Sebagai contoh, pihak yang terlibat dalam pembikinan filem Jin Notty dan Momok saling mendabik dada untuk membuktikan filem yang dihasilkan mereka adalah yang terbaik. Lebih menjelikkan lagi, filem hantu bertaraf sampah 5 bintang seperti Momok ini ditayangankan pada Hari Raya Aidilfitri. Mungkinkah terpalit pada pemikiran mereka, hantu sudah mula dilepaskan pada hari raya?

Lebih memualkan lagi, 'golongan pencinta hantu' ini menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk mempromosikan karya mereka. Bukan itu sahaja, pelakon-pelakon drama murahan ini juga memperbodoh penonton dengan bertakbir sambil berpelukan lelaki dan perempuan ajnabi apabila melihat hantu. Tidakkah ini satu pembohongan terhadap umat? Mereka memperalat agama dalam mempromosikan karya sampah mereka. Tatkala mereka memperbodoh umat, mereka goyahkan pula aqidah umat. Rosak!

Marilah kita bersama-sama memulaukan hiburan yang tidak bermanfaat ini. Manfaat hiburan seumpama ini hanyalah bagi golongan berhaluan kapitalis. Mereka hanya memikirkan keuntungan wang ringgit semata-mata. Apa gunanya golongan ini sibuk mengira wang yang masuk ke dalam poket mereka, tetapi menggugat aqidah penonton yang gilakan hiburan murahan ini?

Sesungguhnya drama dan filem hantu adalah satu bukti kemunduran umat. Takutlah akan Allah dan janganlah takutkan makhluk. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa, makhluk langsung tiada kuasa. Segeralah kembali ke jalan Allah sebelum kita dirosakkan dengan lebih teruk lagi akibat palitan kapitalism terhadap umat!
Selanjutnya...

Saidina Muawiyah: Khalifah Yang Teraniaya


Rata-rata umat Islam di zaman mutakhir ini menganggap Saiyyidina Muawiyah r.a sbg pengasas monarki dalam Islam, seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan lain-lain. Tidak ada keburukan yang tidak dihubungkan kepadanya dan tidak ada pula sebagai penulis wahyu daripada ALLAH, seorang yang dikhususkan oleh Nabi saw dengan doa-doanya yang istimewa, tidak pernah dilucutkan jawatan gabenor yang disandang selama 20 tahun dan kemudian sebagai khalifah pula selama 20 tahun.

Soalnya siapakah yang memimpin armada pertama dalam sejarah Islam menentang tentera-tentera Rom? Siapakah pula yang telah menakluk Cyprus, Sicily, Rhodesia, Sudan, Qairawan dan Sind? Siapakah yang menyatupadukan kembali umat di bawah satu panji-panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama berikutan perpecahan dan peperangan saudara yang berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Ali? Dimanakah Muawiyah yang diakui Rasulullah saw, para sahabat dan tabi’en sebagai seorang pemimpin Al-Mahdi, adil, amanah, berani, penyantun, berilmu dan contoh mithali dalam pentadbiran dan penyusunan kerajaan…?


Malangnya, keistimewaan dan keutamaan Muawiyah telah pun mendap ke bawah oleh sikap prejudis umat terhadapnya lantaran terpedaya dengan fitnah yang ditabur oleh musuh-musuh Islam dalam sejarah mereka semenjak zaman permulaan lagi. Benih-benih fitnah yang ditabur itu kemudian telah berakar umbi dan menunjang dengan kuat sekali di dalam taman sejarah kita, sehingga sukar untuk kita mencabut dan membersihkannya melainkan jika kita memiliki keupayaan besar dan bersedia untuk mengorbankan masa yang lama untuknya.
Keutamaan dan kelebihan Muawiyah terbukti di dalam Al-Quran yang menyebutkan kelebihan-kelebihan para sahabat r.anhum dengan banyak sekali dan juga di dalam hadith-hadith, dan atsar para sahabat dan tabi’en. Antaranya yang dinyatakan di dalam kitab sohihaini; Rasulullah saw bersabda; "tentera pertama dari umatku yang berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga." (Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28H, semasa pemerintahan Saiyidina Uthman di bawah pimpinan Saiyidina Muawiyah.)

Keutamaan yang lain: Beliau merupakan penulis wahyu, menunjukkan betapa tingginya kedudukan beliau dari kalangan sahabat-sahabat baginda saw, dan membuktikan betapa Rasulullah mempercayainya. Beliau telah didoakan oleh Rasulullah supaya menjadi seorang pemimpin yang terpimpin dan seorang yang diajarkan oleh Allah pengetahuan tentang Al-Kitab dan ilmu hisab, dijauhi azab dan lain-lain. Sebagaimana didoakan oleh Rasulullah supaya dimantapkan pemerintahannya. : “ya Allah jadikanlah dia seorang pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah(manusia) dengannya” -[Sohih Tarmidzi jilid 2]

Rasulullah juga berdoa; “ya Allah ajarkanlah dia Kitab dan hisab dan peliharalah dia daripada azab”. Sebenarnya hanya segelintir sahaja daripada kalangan sahabat yang didoakan secara khusus oleh Rasulullah berkenaan hal itu.

Pernah beliau dicela di hadapan Saiyidina Umar, maka Saiyidina Umar pun berkata, "Janganlah kamu mencela anak muda Quraish ini. Dia adalah seorang yang boleh ketawa ketika marah (terlalu penyantun). Tidak boleh diambil apa yang ada padanya melainkan dengan persetujuannya dan tidak boleh diambil apa yang ada di atas kepalanya melainkan dari bawah dua tapak kakinya."
Namun sejarah ini telah diselewengkan melalui pakatan jahat diantara perancang-perancang yahudi dan majusi. Mereka menyebarkan propaganda yang memburukkan khalifah umat Islam pada masa itu. Kemudian mereka membunuh Amirul Mukminin Saiyidina Uthman.

Golongan ini jugalah yang telah menyebarkan fitnah di zaman Saiyidina Ali dengan berselindung secara berbaiah kepada Ali. Mereka jugalah yang memburuk-burukkan Saidina Muawiyah dan menuduhnya dengan bermacam-macam tuduhan liar sememangnya telah lama menjadi syiar pengikut Abdullah Ibnu Saba’, bahkan ada di antara mereka telah memakai topeng taqiyyah, berpura-pura sebagai sunni lalu melontarkan bermacam-macam fitnah.

Masakan seorang sahabat agong Rasulullah saw seperti Muawiyyah itu akan tergugat oleh tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh musuh Islam itu. Seorang sahabat biasa Nabi saw pun tidak tergugat dan tercedera kerana riwayat-riwayat golongan ini walaupun ia dinukilkan oleh beribu-ribu Thobari dan Jazari, berjuta-juta Kalbi dan Waqidi.

Inilah sepatutnya menjadi pegangan kita. Bagaimana kita boleh persoalkan tentang orang-orang yang telah dita’dilkan oleh Allah swt sendiri dalam firmannya yang bermaksud :

“Dan demikianlah kami telah menjadikan kamu(sahabat) satu ummat(generasi) yang adil dan terpilih agar kamu menjadi saksi atas manusia dan Rasul pula menjadi saksi atas kamu.” [al-Baqarah : 143]

sumber: iluvislam.com
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...