Pages

31 August 2009

Benarkah Kita Sudah Merdeka?

Selepas era kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, bumi kaum muslimin terus dijajah oleh para penjajah kufur. Kononnya apa yang dipelajari dalam buku-buku sejarah, para penjajah kufur ini menjajah segenap pelosok dunia untuk mengaut hasil keuntungan di bumi Allah ini. Ya, itu memang salah satu. Tapi nampaknya para penjihad di sekolah-sekolah terus terperdaya dengan sistem pendidikan yang diterapkan ini.

Para penjajah kufur ini menjajah tidak lain dan tidak bukan untuk menyebarluaskan fahaman-fahaman songsang mereka. Maka, pelbagai tipu helah digunakan agar umat Islam terus menerima buah-buah fikiran mereka yang ternyata sesat lagi menyesatkan ini.

Maksud firman Allah SWT:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)..." [al-Baqarah:120]

Maka, Tanah Melayu juga tidak terlepas daripada dijajah. Paling teruk kesannya adalah penjajah kapitalis. Kesan luka penjajahannya masih berbekas sehingga kini. Segala macam telunjuknya rela dituruti oleh umat Islam. Bahkan, untuk menuntut kemerdekaan daripada British, Allahyarham Tunku Abdul Rahman rela mengikut telunjuk Bristish untuk mendapatkan 'sebuah erti kemerdekaan yang hakiki'.


Justeru, dengan persetujuan daripada pihak Bristish, persetujuan untuk menerapkan Suruhanjaya Reid ditandatangani. Maka, hancurlah hukum-hukum Allah di bumi Tanah Melayu. Undang-undang kapitalis ditatang, undang-undang Allah dibuang. 'Kemerdekaan' diperolehi dengan hanya tandatangan. Tiada jihad dilancarkan sedangkan pihak kapitalis sampah ini sudah menzalimi umat di seluruh pelosok dunia. Nampaknya, dengan mudah 'pejuang kemerdekaan' ini meredhai kezaliman pihak Bristish terhadap umat Islam keseluruhannya. Maka, bertepuk tanganlah si kafir laknat Sir William Reid melihat suruhanjaya yang dipengerusikannya diterima oleh umat Islam yang ingin disesatkannya.

Justeru, adakah golongan seperti ini layak digelar 'Pejuang Kemerdekaan',atau 'Bapa Kemerdekaan'? Lihatlah mata hati kita sudah dikaburkan. Golongan yang mengikut segala telunjuk pihak British sampah ini digelar pejuang. Tetapi para mujahid yang terang-terangan 100% menentang pihak British sampah ini digelar 'pemberontak'.

Di manakah Tok Janggut, Dato' Bahaman, Dato' Maharajalela, Mat Kilau, dan para mujahid lain di hati kita? Adakah mereka ini tersemat sebagai pemberontak di sanubari kita? Bagaimana pula dengan 'anjing-anjing' British yang mengikut telunjuk British? Adakah tersemat di sanubari kita bahawa mereka adalah sebenar-benar 'pejuang kemerdekaan'? Benarkah kita sudah merdeka?
Selanjutnya...

29 August 2009

85 Tahun Ramadhan Tanpa Khilafah


3 Mac 1924 merupakan suatu tarikh yang memeritkan bagi umat Islam seluruh dunia. Jatuhnya Khilafah Islamiyyah seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW merupakan satu titik tolak ujian yang amat berat bagi umat Islam. Hati-hati umat beriman menjadi gundah tatkala hilangnya seorang pembela dan pemulia umat beriman ini.

Kemudian, Ramadhan demi Ramadhan berlalu. Bulan yang teramat-amat mulia ini berlalu begitu sahaja tanpa seorang penaung kaum muslimin. Wajah kemuliaan Ramadhan tidak lagi seperti dulu. Tidak lagi seperti mana wajah Ramadhan sewaktu adanya Rasulullah SAW, pemimpin teragung sepanjang zaman yang mengadili umatnya. Tiada lagi Khulafa' ar-Rasyidin yang membawa jalan kenabian. Cuma nama mereka sahaja yang disebut-sebut dalam solat sunat tarawih.

Maka, dengan ketiadaan seorang khalifah untuk membela kaum muslimin di seantero dunia, tidak hairanlah walaupun di bulan yang mulia ini, kaum muslimin terus dipijak-pijak, ditenyeh-tenyeh, dan dihentam-hentam tanpa mengira tempat dan waktu. Dengan ketiadaan seorang khalifah, orang-orang kafir semakin berani menunjukkan tindakan-tindakan najis mereka yang menghina umat Islam.

Maruah umat Islam terus dicabuli di Narathiwat, Palestine, dan segala ceruk dunia walaupun Allah memuliakan umat Islam di bulan bahagia ini. Di sebalik pencabulan itu, tiada seorang pemimpin pun yang berani melancarkan perintah jihad seperti mana yang dilancarkan oleh Rasulullah SAW pada 17 Ramadhan untuk memerangi kaum musyrik di perang Badar. Tanpa mengira penat lelah Ramadhan, 313 orang mujahideen dikerah menjadi bala tentera yang gagah perkasa lagi berani

Bukan jihad yang dilancarkan oleh pemimpin-pemimpin hari ini. Tetapi slogan-slogan yang mengenyangkan perut mereka yang dilancarkan seperti 1Malaysia, Islam Hadhari, dan segala jenis macam slogan yang tidak Islami dilaungkan. Mungkin ada yang akan kata, "Nak jadi pemimpin bukan senang". Memang bukan senang. Tapi jawatan yang disandang itu direbut-rebut. Bila sudah berjaya digapai, maka wajiblah bagi perebut itu untuk melaksanakan pemerintahan mengikut lunas Islam.

Wahai umat Islam, marilah kita bersatu menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah yang telah dirobohkan! Masih tidak sedarkah natijahnya kini? Jangan sampai kaum keluarga kita disembelih mahupun dicincang baru nak tegakkan Khilafah Islamiyyah. Tidak sayukah hati kita melihat Ramadhan demi Ramadhan berlalu pergi tanpa seorang pemulia dan pembela umat Islam?
Selanjutnya...

14 August 2009

Ustaz Asri Tiada Lagi...




Aku memecut motor Lagenda kawan aku. Tiba-tiba, terperasan pula ada bunyi mesej. Lantaklah. Biarkan dulu. Aku tengah lenjan motor kawan aku ni. Takkan aku nak baca mesej plak. Naya kang tak pasal-pasal makan tayar kereta.


Alhamdulillah sampai gak destinasi. Masa tu dah nak hujan. Lepak dulu kat gerai. Di saat aku melabuhkan punggung di gerai, aku mengambil telefon bimbit aku. Aku pun baca mesej. Pada masa tu, secara spontan mulut aku melopong. Ternganga, terkesima, terkedu, dan berbagai-bagai istilah yang tidak dapat digambarkan lagi...


Lantas, aku menunjukkan mesej tu kat kawan aku. Mesej yang tertera : "Ust Mohamad Asri Ibrahim, vokalis rabbani meninggal dunia sebaik jatuh ketika membuat persembahan di rtm kira2 jam 11.15 pagi ini.alfatihah". Mesej ini aku terima daripada Kak Mus, seorang krew iLuvislam.com.


Tak lama lepas tu, berita yang aku baru tahu tadi, disiarkan dalam berita. Difahamkan arwah meninggal di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Lagilah aku terkejut. Sebab Hospital nilah tempat aku menjalani Latihan Industri semester lepas.


Sedih pun ada bila dapat tahu berita kematian seorang penasyid gergasi macam arwah. Beliau bukan calang-calang orang dalam bernasyid. Suaranya sangat unik. Aku tak tahu siapa yang nak jadi pengganti beliau nanti.


Namun, aku bersyukur juga sebab dapat juga aku saksikan persembahan beliau. Tak sangka Konsert Antara Dunia (KAD) merupakan konsert noktah bagi arwah. Dulu arwah memang selalu berkunjung ke sekolah aku di SMK Subang. Sebab hubungan Rabbani dengan SMK Subang memang akrab. Memang kerap melakukan persembahan.


Semoga Allah merahmati beliau yang menghembuskan nafas terakhir ketika melakukan kerja dakwah. Semoga gemersik suaranya sentiasa bertakhta di sanubari setiap umat Islam yang mencintai ketenangan dengan zikrullah.


Aduh... Orang lain dah nampak dah cara dia mati. Kita macam mana? Macam mana kalau mati dalam keadaan fajir? Ya Allah takutnya aku...
Selanjutnya...

07 August 2009

CARPAL TUNNEL SYNDROME

Assalamualaikum..

Bila kita dapat sesuatu ilmu, eloklah kita sampaikan kepada yang lain..
Maksud hadis:
"Barangsiapa yang menyimpan ilmunya, maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya" [HR Ahmad]



Ni aku nak kongsi tentang kesihatan. Semoga kita sentiasa dilindungi-Nya, diberikan kesihatan oleh-Nya, dan sentiasa redup di bawah lembayung rahmat-Nya. Kesihatan yang dikurniakan oleh-Nya, jaga betul-betul. Bila dah sakit, baru nak menyesal (peringatan buat diriku yang alpa jua).



Kali ni, suka citanya, nak kongsi pasal CARPAL TUNNEL SYNDROME. Apakah itu Carpal Tunnel Syndrom? Entah... Aku pon tak tahu. Mungkinkah jelmaan Karpal Singh dalam mimpi? Atau Karpal Singh masuk terowong? Entah... maklumat lanjut takde pulak.. kalau nak maklumat, tanya encik wiki.



Isi kandungan rencana ini merangkumi kandungan 18SG... Jangan tutup mata. Agagaga~
Mari kita saksikan.... Zasss....!!!


Gambar pembedahan










Kedudukan tangan yang betul








Postur yang betul





Regangan

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...