Pages

28 July 2009

Elak Jadi Mangsa Ragut atau Cegah Ragut?

Jenayah ragut telah meningkat sebanyak 99% pada 4 bulan pertama pada tahun ini. Keadaan yang semakin meruncing ini sudah tentu membimbangkan masyarakat terutamanya kaum hawa yang menjadi mangsa.

Jenayah yang dilakukan bukan sahaja untuk mendapatkan habuah haram. Bahkan, peragut sampah ini meragut tanpa belas kasihan dan sanggup membunuh. Ibu mengandung turut
dibunuh untuk memuaskan nafsu mereka. Mereka mencari rezeki haram tanpa memikirkan risiko neraka Allah di hari kemudian.

Justeru, kempen kesedaran dilakukan oleh banyak pihak. Ada yang menyatakan, wanita perlu ‘mengelak dari menjadi mangsa ragut’. Terdapat pelbagai kaedah ‘mengelak menjadi mangsa ragut’ antaranya, berjalan di jalan yang melawan arus, tidak memakai beg tangan yang panjang talinya, dan sebagainya. Memang cadangan yang diberikan adalah bernas, namun mengapa cadangan yang dikemukakan, tidak bersifat pencegahan dari akar umbi? Bahkan, mungkin ada juga masyarakat yang mencadangkan 'hukuman lebih berat' mesti dikenakan kepada penjenayah najis ini.


Sebuah NGO yang menamakan diri mereka Make Our Street Safe (MASS) mencadangkan, memorandum harus dihantar kepada Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara. Tambahan, wakil mereka pernah mencadangkan memorandum hendaklah dihantar dengan jumlah yang banyak supaya PM dan Ketua Polis Negara akan 'merasa tertekan'. Merasa tertekan? Jelaslah bahawa mereka tidak pernah rasa tertekan sebelum ini kerana hanya memikirkan perut dan kroni mereka sendiri sahaja. Rakyat terus terkotang-kating dengan permasalah yang kian meruncing ini, dan menteri-menteri selamat 'dalam jagaan' pengawal peribadi.

Namun, pernahkah kita terfikir apakah punca permasalahan yang kian meruncing ini? Mengapa kita tidak mencegahnya dari akar umbinya? Tidakkah kita tahu masalah ini adalah berumbi daripada sistem sekular yang diperintah oleh golongan yang menolak Islam? Terdidik sudah masyarakat dengan peradaban penjajah kufur. Segala penyelesaian tidak disandarkan kepada Islam, tetapi disandarkan dengan pemikiran penjajah kufur yang sememangnya tempang.


Lihatlah anak-anak muda kita, mereka jarang sekali diterapkan dengan kemurnian aqidah Islam. Mereka disogokkan dengan hiburan murahan seperti Rock the World, Akademi Fantasia, Mentor, Malaysian Idol, dan pelbagai hiburan bertaraf sampah bersalut najis yang lain. Lihatlah, berapa ramai anak muda yang sayangkan rumah-rumah Allah? Berapa ramai anak-anak muda yang menghabiskan masanya beriktikaf di masjid? Berapa banyak batang tubuh anak mudakah yang mengisi kekosongan jiwa di rumah-rumah Allah? Maka, tidak hairanlah ada dalam kalangan anak-anak muda zaman kini lebih rela menjadikan meragut sebagai kerjaya mereka.



Wahai umat yang mempunyai iman walaupun sedikit! Hanya Islam mampu menyelesaikan masalah umat sepanjang zaman! Tidakkah kalian yakin dengan Islam? Ayuh terapkan hukum-hukum Allah secara KAAFFAH! Bukan sebahagian diambil, sebahagian lain dilemparkan.



Maksud firman:


"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara kaaffah (keseluruhan) ; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [al-Baqarah:208]
Selanjutnya...

27 July 2009

Kerajaan Amerika Sedang Terapkan 'Hukum Islam'

Sebut sahaja pasal Amerika, terlintaslah di benak fikiran kita, itulah 'Polis Dunia'. 'Kepolisan Dunia' itu menyebabkan pihak Amerika amat berkeinginan menyebarluaskan ideologinya.

Saban hari, ada saja taktik yang digunakan bagi meluaskan empayarnya bagi mengenyangkan perut sendiri. Operasi ketenteraan giat dijalankan di seantero dunia. Bahkan, pihak Rumah Putih juga pernah menyatakan hasrat untuk 'menjaga' Selat Melaka.

Demokrasi disebarluaskan oleh pihak Amerika. Caranya adalah menjalankan operasi ketenteraan dan serangan pemikiran ke atas umat Islam. Ratusan ribu tentera dikerahkan ke kawasan jajahan. Kononnya demokrasi itu adalah 'Kebebasan Bersuara', 'Keamanan', dan sebagainya.


Pelbagai kaedah telah dilakukan oleh kaum Barat terutamanya 'ketua' demokrasi yakni Amerika Syarikat supaya masyarakat dunia dan masyarakat Islam dapat menerima demokrasi. Balutan cantik dikenakan pada intipati demokrasi. Kebodohan dan kehodohan demokrasi ditutup dengan balutan yang amat cantik itu. Kononnya demokrasi itu 'kebebasan bersuara' dan 'keamanan' seperti yang dinyatakan di atas. Tidak pernah pula disebut, demokrasi adalah sistem pemerintahan di mana manusia menggubal hukum mengikut kemahuan sendiri. Lebih dahsyat, ulama-ulama moden zaman kini telah bersepakat bahawa demokrasi itu dibenarkan dalam Islam. Malah, ada juga yang berpendapat, sistem pemerintahan demokrasi itu lahir daripada agama Allah.

Jika benarlah demokrasi itu datang daripada Islam, maka kita tidak perlulah marah dan membantah penjajahan Amerika ke atas Afghanistan, Iraq, dan di seluruh pelosok dunia. Ini adalah kerana 'demokrasi itu daripada Islam'. Kita tidak perlulah marah sekiranya mereka menceroboh Iraq, Afghanistan, dan Palestin kerana mereka membawa ideologi yang merupakan sebahagian daripada Islam, yakni demokrasi. Jika benarlah demokrasi itu datang daripada Islam, maka kita haram untuk menentangnya, kerana mereka sedang menerapkan hukum-hukum syarak kerana demokrasi itu berasal daripada Islam.

Fikir-fikirlah wahai kaum yang beriman. Adakah jumhur (kebanyakan) ulama yang menentukan kehalalan demokrasi? Ataupun nas yang jelas tentang keharaman sistem-sistem selain daripada Islam yang mengharamkannya? Walaupun hanya seorang ulama yang memberikan dalil yang jelas yang menyatakan keharaman sesuatu perkara, ia tetap dapat mengalahkan pendapat 1000 ulama yang hanya memberikan 'dalil' akal. Wallahu a'lam...
Selanjutnya...

19 July 2009

Manchester United atau Masjid United?



Merah. Itulah simbolik mereka. Warna yang melambangkan 'kesingaan' ketika beraksi di padang bolasepak. Tidak dapat dinafikan lagi, mereka memang handal. Semangat mereka dibakar lagi dengan penyokong-penyokong yang berada di seantero dunia. Merekalah Machester United- The Red Devils.

Mereka berkunjung ke Malaysia. Bertandang bukan sebarang tandang. Bertandang mempamerkan aksi yang sentiasa dinanti-nantikan walau kelibat pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo tidak dapat lagi terlihat. Kelincahan bintang baru mereka, Michael James Owen memukau hati. Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi medan pertempuran Red Devils dan pasukan corot di dunia, Malaysia.


Berbondong-bondong rakyat Malaysia turun padang. Kebanyakan mereka serba merah. Justeru keadaan ini menggundah-gulanakan sanubari pemain kebangsaan. Pelik. Mereka sanggup hadir ke stadium dengan bayaran tertentu hanya semata-mata menyaksikan aksi sepak-menyepak yang seketika cuma.


Persoalan yang menikam sanubari. Adakah masyarakat muslim di kala ini sanggup berkorban apa saja untuk menjadi tetamu Allah? Kita kerap melihat masyarakat muslim sanggup datang awal 2 jam untuk melihat bintang bolasepak yang kacak- David Beckham. Kita sering melihat masyarakat muslim 'bermujahadah' untuk menonton aksi The Red Devils dan pasukan-pasukan lain.



Walhal, hadir ke rumah-rumah Allah itu diseru lima kali sehari tanpa mengenakan sedikitpun bayaran. Malah, sakinah akan hadir dalam setiap hati. Manakala menyaksikan aksi tendang-menendang di stadium, duit amat diperlukan. Kalau ada RM10 sahaja, jangan mimpilah nak tengok bintang bolasepak depan mata. Tapi kita masih tak tahu menilai mana satu kristal ataupun kaca. Jarang sekali kita lihat umat Islam begitu bersemangat untuk hadir ke rumah Allah. Jarang sekali kita tengok umat Islam sanggup berhabis untuk berkorban demi agama Allah.

Ayuhlah kita mengimarahkan rumah Allah. Allah SWT sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu-Nya. Bola bola juga, tapi rumah Allah bagaimana? Adakah kita sedar kepentingan mengimarahkannya?

*****
aku pon minat MU gak...

*****
Selanjutnya...

17 July 2009

Latihan Industri...

Islam itu luas, bukan hanya ilmu agama sahaja yang wajib dituntut. Ilmu berkaitan Sains & Teknologi perlu juga digarap demi kesejahteraan sejagat. Malah, asas ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan lain-lain diasaskan oleh para ilmuwan Islam. Justeru, masakan kita menolak ilmu-ilmu ini dengan alasan 'ilmu tidak Islami'?
Alhamdulillah tamat juga Latihan Industri (LI) selama 22 minggu. Walaupun agak dah lama LI aku dah tamat, ingin sekali aku kongsi bersama sebagai satu wadah ilmu.

LI aku ditempuhi dengan jalan yang agak mujahadah. Isnin-Sabtu aku ulang-alik dari Subang Perdana ke Bangsar dengan menaiki bas Rapid KL U81. Lepas tu, kena naik bukit pula untuk sampai ke Pantai Hospital Kuala Lumpur.

Nak balik pula, dah naik bukit, kena turun bukitlah pulak. Lepas tu, tunggulah bas. Dah dapat bas, berhimpit-himpit pula dalam bas. Dahlah berhimpit-himpit, bermacam-macam bau menusuk ke dalam hidung. Ya Allah… payah juga.

Dah… melalut banyak pula. Mari kita singkap Sains & Teknologi di sebalik tabir Kejuruteraan Elektronik Perubatan. Sebenarnya paparan ni hanyalah secebis cuma. Masakan aku sisipkan kesemuanya dalam blog kerdil ni dan aku hanya menimba ilmu dalam tempoh yang amat singkat -22 minggu. Tak puas rasanya. Siapa yang buat LI sekejap tu, rugi rasanya.


Defibrilator


Ni Defibrillator. Kegunaannya adalah untuk menguatkan degupan jantung pesakit yang lemah.
Antara kerosakan yang pernah berlaku adalah printer rosak. Kalau ada kerosakan besar, biasanya hantar ke vendor aje. Sebab mesin ni agak rumit.


OT Control Panel


Kegunaannya adalah untuk mengawal peralatan dalam OT Emergency Department. Kalau rosak, tukar je control panel tu. Habis cerita.


Compressed Air Cylinder


Ni aku tengah tukar silinder. Silinder ni membekalkan gas perubatan bertekanan tinggi (Compressed Air). Compressed air ni digunakan pada mesin-mesin yang digunakan oleh doctor seperti Air Drill.


Autoclave


Autoclave ni digunakan untuk mensteril (sterilize) barang-barang yang telah digunakan semasa pembedahan. Kaedah pensterilan adalah membunuh patogen yang terdapat pada alat-alat perubatan dengan menggunakan wap, suhu, dan tekanan yang amat tinggi dan insya Allah menyebabkan pathogen-patogen tersebut meninggal dunia.


Electrical Safety Analyzer


Mesin ini dinamakan Electrical Safety Analyzer. Benda Allah ni sangat penting dalam dunia elektronik perubatan. Digunakan untuk mengesan arus bocor ke bumi, rintangan, voltan, dan sebagainya. Kebiasannya, digunakan apabila Planned Preventive Maintenance (PPM) dan Testing & Comissioning (T&C) dijalankan.


Incubator


Ni namanya Incubator. Incubator ada beberapa jenis, yakni Closed Incubator, Open Incubator, Transport Incubator, dan mungkin satu hari nanti, aka nada Flying Incubator, insya Allah. Benda yang selalu rosak adalah warmer, warmer holder, dan lain-lain.



Ni tengah tukar warmer holder



Phototherapy Light





Phototherapy Light ni menghasilkan cahaya ultra-violet untuk menyingkirkan bilirubin dalam hemoglobin. Bilirubin ini adalah penyebab kepada demam kuning atau jaundice. Insya Allah cahaya ultra-violet boleh menyembuhkan penyakit demam kuning.

Call Bell


Inilah alat elektronik paling kerap rosak. Hampir setiap hari, ada je rosak benda ni. Agak bosan juga baiki benda ni. Sebab terlalu mudah dan ringkas. Pesakit yang nak panggil jururawat, tekan suis, dan akan kedengaran satu bunyi loceng di kaunter jururawat, insya Allah. Kerosakan yang kerap berlaku adalah, sambungan wayar terputus, litar pintas (wayar neutral dan life bersentuhan), dan beberapa kerosakan lain disebabkan oleh cara penggunaannya yang agak melampau, ganas, dan melampaui batas-batas call bell.


*****

Kalau salah, tolong betulkan. Terima kasih kepada mentor aku, Abang Jaiz dan Abang Sirajuddin. Jasamu kukenang. Semoga dirahmati Allah. Amin…
*****
Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...